Sunday, December 16, 2007

Kali pertama naik bas

Sekarang ni aku duduk rumah dengan izzat sorang je.. si ayah balik kampung tolong mak dia untuk preparation kenduri adik-adik dia on 23 Disember ni.. tahun ni mak mertua aku sambut 2 orang menantu sekali gus.. so, as a good son and big brother, dia balik la awal..

Kali ni si ayah balik kampung dengan bas ekspress.. saja nak bawak imran naik bas ke kampung.. selama ni asyik naik kereta je.. so.. on 15 Disember 2007.. for the first time imran naik bas ekspress bailk kampung.. excitednya dia.. sampaikan tak tidur sepanjang perjalanan tu.. kalau naik kereta.. dah tidur dua tiga round..

So, izzat kat rumah kebosanan.. tak tahu nak main apa dengan aku.. ye la, usually dia main dengan abang & ayah.. aku ni hanya tempat nak bermanja dan mintak susu je.. eheheh.. setakat nyanyikan nursery rhimes tu boleh la.. lagi pulak kalau weekend, aku memang peruntukan masa aku untuk mengemas @ mencuci rumah ni all out.. sian dia.. asyik kena tengok tv ja.. nap tengahari pun lama.. sebab takde orang kacau..

Sabar je sayang.. hari selasa ni abang balik..

Bakat menari & menyanyi

Last Friday, Taska imran adakan hari konvo untuk budak yang tahun depan dah 5 tahun.. dan jugak sambutan hari lahir untuk yang lahir bulan Julai - Disember..

This year, imran involve dengan persembahan.. menari, nyanyi solo dan koir.. wah.. tak sangka imran boleh menari dan menyanyi dengan baik.. in fact exellent for a 3 years and 8 months old.. yang aku kagum, dia tak segan bernasyid secara solo dengan main kompang.. nasyid Sepohon Kayu yang rasanya dia dah hafal since last year.. he can overcome his stage-fright..

Komen ayah dia.. kagum imran dapat menari dengan 'kemas'.. even better than him.. he knew the talent are not from him.. hahahahah..

Wednesday, November 21, 2007

Pukul 3 pagi..

Dah jadi kebiasaan kalau jadi ibu² ni kena bangun tengah² malam bancuhkan susu untuk anak tersayang.. aku pun tergolong dalam golongan tu jugak.. Sejak bergelar ibu masa imran sampai la zaman izzat ni.. (and will continue kepada adik adik² diorang la kot)

Izzat ni kalau terbangun tengah malam, dia akan panggil aku.. pastu minta susu.. pastu dengan selambanya dia akan ikut aku ke dapur sambil sembang² sementara menanti aku bancuhkan susu dia.. heheheh.. bila dah balik ke bilik, dia akan sambung tidur tanpa banyak kerenah.. sedar² dia dah sound asleep.. senang.. harapnya, nanti kalau adiknya pun camtu jugak la..

Tapi lain kalau dia terbangun sebab dia basah.. meaning, sampai bocor diaper la.. dia akan menangis.. mungkin sebab tak selesa.. so, terpaksa la aku berperang nak tukarkan diaper.. tukar seluar/baju yang basah.. tukar tilam.. (jawabnya tidur ngan aku la..).. wehh penat..

Kesimpulannya, kena la aku tukar diaper dia sebelum aku masuk tidur.. supaya dia tak basah..

Thursday, November 15, 2007

So sweet

Yesterday, while aku dok masak makan malam aku dengar dua beradik ni dok bergaduh main kat living room tu.. izzat tiba² je menangis.. ntah berebutkan mainan apa ntah.. si ayah tengah solat Maghrib masa tu.. so, terpaksa la aku jadik pendamai..

Aku tarik izzat, letak atas lap, pegang tangan imran tarik ke sisi aku.. aku tanya imran naper adik menangis? dia tak jawab apa pun.. tahu lah aku, izzat menangis sebab dia yang buat.. so, aku mula me'lecture' imran.. tak boleh itu tak baik ini.. bla.. bla.. bla.. si imran pun diam je dok dengar 'nasihat' aku..

Tetiba aku terperasan, izzat dok tenung muka aku.. as if dia pun khusyuk dok dengar 'nasihat' aku kat abang dia.. bila aku tengok je dia, dia tersipu² segan sebab terkantoi.. eheheh.. pastu dia kiss pipi aku.. agak nya nak pujuk aku kot.. sweetnyer.. sejuk hati aku..

Wednesday, October 24, 2007

Alamak! Ultraman Tiga kalah?

Imran's favourite superhero: Ultraman Tiga, Spiderman, Batman

Jam 6.30 petang di Astro Ceria, Isnin - Khamis, ada siri ultraman tiga.. as usual, aku akan ingatkan imran supaya mandi dulu sebelum start cerita tu.. kekadang, aku gunakan cerita kegemaran dia tu untuk suruh dia kemaskan mainan yang bersepah dulu.. "kalau tak, ibu tak nak bukak cerita ultraman tiga" selalu aku 'ugut' camtu.. eheheh..

Everyday, ultraman selalu menang je kalau lawan dengan rekaksa.. ntah kenapa tetiba hari ni ultraman KALAH!.. terkezut imran.. dengan muka tak puas hati dia dok tanya aku.. "ibu, kenapa ultraman tu jadi batu?".. aku pun dok ulang jawapan yang sama.. hahah..

Since ultraman tiga kelah dengan resaksa hari ni, dia dah memaksa ayah dia lukis ultraman nexus pulak menggantikan fav. hero dia tu.. ;p

Friday, October 19, 2007

Insiden pagi raya ke-3

Raya ke-3 kami sekeluarga kat rumah Tok Wan Mad.. pagi raya ni ramai tetamu datang rumah mertua aku.. family adik abah mertua datang dengan anak cucunya, bakal besan mertua aku pun datang.. kawan adik ipar pun ada.. plan untuk keluar berziarah pagi tu terbantut la..

Imran tak kisah tak ke mana² pun.. selagi ada Hadi dengan Aisyah.. dia ok je.. memang main tak ingat dunia la budak tu.. ntah apa la yang diorang mainkan, sorok² kot.. imran dengan hadi masuk salah satu bilik kat rumah tu.. siap kunci tombol lagi.. imran sebenarnya pandai bukak kunci tombol camtu.. pulaskan je tombol dah boleh bukak..

Aku perasan diorang main camtu.. tapi dah lama sangat diorang kat dalam tu.. mulanya aku buat derkk je.. tapi si aisyah yang tertinggal kat luar ni dok panggil adik dia banyak kali pun tak terbukak jugak bilik tu.. pelik jugak aku..

Aku panggil imran dari luar.. bila aku suruh bukak pintu bilik, imran jawab yang dia tak leh nak bukak.. hah?? takleh bukak ke? aku panggil hubby tolong bukakkan dengan kunci spare mertua aku.. tak jalan jugak.. dah sudahh..

Si hadi dah start nangis dah.. imran maintain lagi.. dia yang dok berkomunikasi dengan kami yang kat luar bilik ni.. tetamu dah pakat datang nak tolong bukak pintu.. ketuk tombol la.. nak pecah pintu la.. macam²..

Dipendekkan cerita, anak sedara mertua tu pandai sikit bab bukak pintu terkunci ni.. dia yang usahakan sampai boleh bukak.. alhamdulillah.. keluar jugak anak aku.. heheheh..

Bila orang tanya imran dia nangis tak dalam tu, dia jawab "tak.. hadi yang nangis.." dengan selamba kataknya.. pastu sambung main.. ceh!! penat je aku risaukan dia..

Leader

Masa balik beraya di kampung, Imran seronok sungguh bermain dengan sepupu dia.. celik mata pagi tu dia dah bertanyakan sepupu dia.. Hadi dengan Aisyah.. anak kakak ipar aku.. dan seawal pagi tu jugak budak berdua tu dah muncul kat rumah Tok Wan Mad diorang.. rumah kakak ipar tak jauh.. selang 2, 3 rumah je dari rumah Tok Wan Mad..

Sepanjang hari dok main sampai tak ingat nak makan.. nak bagi makan pun kena ajak 4, 5 kali.. baru masuk telinga budak² tu.. imran suka main dengan budak berdua tu sebab diorang dengar cakap dia.. bila dia ajak main ni, diorang ikut.. bila dia ajak main tu.. diorang turut.. mana si imran tu tak suka..

Komen tok wan dia, "Imran ni boleh jadi leader ni.."

Komen aku dengan hubby, "dah memang nama dia pun Zaim = Pemimpin.." :)

Zaim Imran = Pemimpin budi bahasa
Zaim Izzat = Pemimpin kemuliaan

Thursday, October 18, 2007

Raya experience 2

Raya pertama kat kampung aku.. so, pagi tu aku berpeluang ziarah kubur arwah mak.. aku dengan kakak ke kubur sebelum solat Aidilfitri.. aku angkut sekali budak berdua tu.. ini first time aku bawak diorang ziarah kubur.. imran siap tanya Mak Ngah dia.. 'ni apa Mak Ngah?' dah kena explain kat dia apa tu kubur.. dengan panjang lebar.. seperti tahun² sudah.. walaupun dah 6 tahun arwah mak takde, air mata aku mesti mengalir masa ziarah kubur arwah.. kali ni, izzat kesatkan air mata aku dengan penuh concern (dia heran kot).. imran pun dok pegang hujung baju aku macam nak bagi moral support.. alahai anak² ibu..

Lepas solat raya, kami bergambar kat rumah aku.. raya kali ni cukup semua anak² Tok Wan Hashim kat rumah dia.. semua cucu pun berkumpul.. (kecuali arwah la.. sob.. sob..).. imran dah rimas sebab kitorang sumer sibuk² nak bergambar.. nampak bad mood la pulak budak tu.. tapi dia cuba maintain lagi.. heheh..

Gambar kat sebelah ni semua cucu Tok Wan Hashim.. anak abang aku.. Faris, Shakirah dengan Balkish.. anak kakak aku.. Hambali, Hidayat dengan Nurin.. anak aku.. Imran and Izzat..

dari kiri: Nurin, Shakirah, Balkish, Faris, Hambali, Hidayat
belakang: Imran, Izzat


Keluarga sebelah Tok Wan Hashim..

Raya experience 1

Cuti raya tahun ni balik sebelah kampung aku dulu.. kami bertolak dari KL dalam pukul 6.oo pm lepas aku habih kerja.. hubby datang amik aku dengan budak² tu kat nursery.. tengah hari tu aku dah siap masakkan lauk untuk berbuka.. so, hubby cuma panaskan mana yang patut dan pack makanan tu untuk berbuka kat mana² hentian nanti.. aku pesan dia buatkan air milo panas sekali.. dalam perjalanan tu.. takde la banyak kereta lagi.. mungkin masih awal orang bandar nak balik kampung.. so, releks la sikit.. imran & izzat pun lepas waktu berbuka kat Hentian Sebelah Tanjung Malim dah tidur.. lagipun journey malam.. bukannya diorang nampak apa pun.. Kami sampai kat kampung aku dalam pukul 11.00 camtu.. budak² tu mulanya macam dah segar.. dah tak mahu tidur la pulak.. tapi.. dipaksa jugak tidur balik..

Hari pertama kat rumah tok wan, izzat dah dapat 'habuan' dek kerana rajin memanjat tangga rumah tok wan dia.. dah benjol.. ehehhe.. jawabnya hijau la dahi anak ibu ni masa raya nanti.. si imran pulak.. lambat sikit nak warm up.. asyik malu lagi dengan mak tok & tok wan dia.. si izzat takde nak malu lagi dah.. pandai je dia ke dapur minta biskut raya.. lepas satu, satu dia cuba.. heheheh.. hantu biskut rupanya dia..

Petang tu kitorang ke rumah hubby pulak.. kat sana sepupu imran-izzat lebih kurang je umur diorang (3 orang anak kakak hubby).... sorang tua setahun, sorang lagi sebaya imran, yang kecik sebaya izzat.. apa lagi.. main tak ingat dunia la imran.. masa nak balik rumah aku.. punya la susah nak ajak imran tu.. dah seronok main.. aduss..

Monday, October 08, 2007

Imran learns a punishment

Hari Sabtu lepas, gastrik aku datang balik.. tapi aku still dok tahan lagik.. kalau boleh tak nak la bukak.. ntah nape puasa masa third pregancy ni jadik camni.. puasa masa pregnant imran dengan izzat takde la terkena gastrik.. selamba je aku puasa sebulan.. dengan bangganya dok cakap aku tak yah ganti² puasa untuk tahun tu.. kali ni? hampeh.. so far dah 3 hari.. kecewa... takpa la.. takut mudarat diri sendiri.. kena jugak berbukak..

Sepanjang bulan puasa ni, kelas husband aku yang selalunya petang & malam Khamis diganti ke hari Sabtu.. so, since aku tak larat nak buat apa, aku biarkan la dua beradik tu bersukaria dengan menyepahkan rumah.. serabut perut aku tengok.. tapi dah tak kuasa nak larang and kemaskan semula.. tapi aku asyik pesan la kat imran.. lepas main, simpan balik.. sampai aku sendiri lost count pesan aku tu.. pendek kata memang sepanjang hari tu aku dok ungkap kata² tu je..

Sampai la nak berbuka.. aku sound lagi kat imran.. kali ni dia buat tak dengar je.. sebab ayah dia ada.. aku sampai tahap hot dah.. dah la nak menahan sakit gastrik ni.. dengan nak menahan sabar lagi.. budak ni memang nak kena ni.. still, aku sabar lagi..

Lepas solat.. aku ajak imran dengan adik dia secara diplomasi untuk simpan sesama semua mainan dia especially blocks yang dicampak² merata rumah.. budak ni buat main² plak.. kejap ambik.. letak balik.. memang nak uji kesabaran ibu dia ni.. last sekali dia cakap 'penat la nak simpan ibu..' dan gi sambung main dengan ayah dia..

Huh... aku rasa macam dah nak meletup ni.. aku warning imran 'kalau ibu yang simpan, ibu akan simpan terus.. ibu kunci bilik tempat simpan mainan tu.. imran tak leh main sampai imran janji nak simpan balik lepas main..' dia buat derkk weh.. ok.. aku pun simpan semua.. termasuk buku² yang disepahkan.. kutip semua blocks.. kereta mainan.. semua la.. sambil menekan perut yang makin sakit.. tensen.. tensen.. aku masukkan dalam bilik mainan dan kunci bilik tu..

Malam tu sikit.. imran nak bukak bilik tu.. of course takleh kan? dia dengan muka innocentnya mintak aku bukak kan bilik tu.. aku dengan selambanya cakap 'takleh sebab tadi imran tak simpan mainan sumer..' meraung dia.. siap kata naper ibu tak bagi imran simpan... aku explain lagi.. aku cakap untuk semalam ni dia tak leh main sebab kesalahan dia tak simpan semula mainan dia.. kalau nak main, kena tunggu esok.. tapi kena janji simpan.. kalu tak janji aku tak nak bukak bilik tu..

Ada la sejam lebih dia meraung mintak aku bukak kan bilik tu.. siap janji nak simpan lagik.. aku still dengan kata-kata aku.. aku cakap ni hukuman kat dia sebab taknak simpan mainan tadi.. makin kuat raungan dia.. kesian jugak kat dia.. tapi aku kena bertegas.. nanti dia ingat aku tak serious dengan hukuman aku plak.. so, biar la dia meraung sampai dia diam sendiri.. biasa la.. minta buatkan susu.. dan tidur..

Semalam, bila dia mintak nak main, aku mintak dia janji dulu.. akan simpan semua mainan yang dia keluarkan tu.. sheepishly dia ngaku.. and said.. 'kalau tak nanti ibu kunci bilik mainan lagi'..

Tau takpe..

Tuesday, October 02, 2007

Izzat's few words

Izzat dah pandai panggil 'ibu'!! wah.. happynya aku, Tuhan je yang tahu.. tapi sekali dua tu je yang betul pun sebutannya.. pastu balik ke 'bu..a..' hemmphh.. bila si anak dah panggil, ngaku je la.. everytime dia panggil camtu aku tak jemu² betulkan semula.. asalkan ada 'bu' jadi la..

Izzat dah ada few words yang dia tahu..
'oo..ee' = lori
'bash' = bas
'ayah' which the most fluent word ever.. duhh.. :p
'shak' = shark (selalu sangat tengok cerita The Shark Tale)
'pish' = fish (sometime ikan kecik pun dipanggil shark.. bila ditegur, mau mengamuk member)
'su' = susu
'tut' = biskut tiger kegemaran dia

ada la lagi few words tapi aku tak leh plak nak recall time ni..

Bila time izzat membebel, memang panjang.. tapi.. satu apa pun aku tak paham.. heheh yang penting dia tak segan nak cakap and dia ada keinginan nak cakap.. alhamdulillah...

Monday, October 01, 2007

Anak, Puasa dan Raya

Hari ni dah hari ke 19 bulan Ramadhan.. terasa sekejap je puasa..

Puasa tahun ni aku kenalkan Imran dengan apa itu puasa.. bagitau kat dia kenapa ibu dengan ayah kena puasa.. macam mana puasa.. sometimes, dia terjaga time sahur, aku explain kat dia kenapa kena sahur pulak.. ok la.. dia macam faham.. everytime dekat azan Maghrib, dia akan tolong bentangkan tikar, ambilkan kuih yang aku dah letak dalam pinggan.. macam la dia yang nak berbuka..

Izzat as usual, tak de la tau apa lagi.. yang dia tau, nak kacau time berbuka.. sibuk tunjuk itu ini nak makan.. takpe la.. nanti dah besar macam abang, ibu explain plak kat dia.. Cakap pasal izzat, dia dah pandai nak bercakap... some of his words memang dah boleh faham.. and seperti biasa.. perkataan 'ayah' menjadi perkataan yang paling sedap disebut.. hampeh betul.. ;p

Aku sekarang pregnant lagi.. yang ketiga ni dah 4 bulan lebih.. insyaAllah, raya ni dia 5 bulan la.. yang sedihnya tahun ni takde la nak melaram baju raya.. rasanya pakai jubah tahun² lepas.. masih elok dalam simpanan.. ala.. bukannya orang tahu ye dok?

Baju raya anak² dah beli dah.. aku amik cuti sehari untuk cari baju raya kat diorang tahun ni.. imran & izzat aku tinggal kat nursery, senang sikit nak bergerak.. anak-anak aku takde la faham lagi konsep raya tu.. nanti hari raya aku kena explain lagi..

Thursday, July 12, 2007

Qada' hajat

At the age of 3, Imran actually dah pandai buang air kecik sendiri kat tandas. Dia akan bagitahu aku atau ayah kalau dia rasa nak membuang. Tapi, bab nak membuang yang besar tu payah sikit. Dengan kebijaksanaan budak berumur 3 tahun, dia akan minta pakaikan diaper.. dengan pelbagai alasan.. pastu, tiba² (in a few minutes wearing it) je dia akan meneran sambil buat muka innocent bagi tahu aku yang dia terb***k.. hemmphh.. bijak.. bijak..

Last weekend, aku menyuarakan kesungguhan aku nak ajar Imran untuk membuang di tandas kepada si ayah.. biasa lah.. setelah kena berhujah mempertahankan justifikasi aku.. si ayah bersetuju dengan cadangan aku.. dan sama² akan ajar imran.. out first step was to hide all imran's remaining diapers.

So, last night aku warned imran.. kalau nak b***k kena bagitahu ibu atau ayah.. dan kena b***k dalam tandas.. Well, as i expected memang susah la.. berapa kali dia try.. tak menjadik sampai satu tahap dia sampai kena sembelit.. kesian pulak.. in the end, aku pakaikan jugak diaper untuk dia.. ntah bila dia nak boleh nih... aku kena banyak bersabar...

Wednesday, July 04, 2007

Bahasa Inggeris

Last night, aku dok sembang² dengan si ayah.. imran dan izzat pulak dok belek² buku.. aku selalu bacakan buku² tu kat diorang.. sebenarnya buku tu buku berbahasa inggeris.. sometimes aku baca direct english as what was written dalam tu.. sometimes aku cerita ikut gambar je.. dalam bm la.. heheheh.. tu kira dah bosan membaca la.. (everyday cerita yang sama.. bosan weh!).

Sambil aku dok sembang dengan si ayah.. aku pasang telinga jugak dengar imran dok 'bercerita' kat adik dia.. tiba² si ayah tergelak.. aku tak perasan lagi.. tapi bila aku betul² pasang telinga dengar cerita imran, hah!! dia dok cerita dalam bahasa inggeris kat adik dia! and of course bukan bahasa betul.. yang boleh difaham, perkataan 'the'.. hahahah..

"the orang the korek the tanah... bla..bla..".. aduhai.. imran.. sorry ibu dengan ayah tak ajar english dengan betul..

azam baru.. nak betul² ajar imran english.. ibu pun kena betul english dulu!! :p~

Thursday, June 28, 2007

Izzat menyanyi.. Imran mengemas..

Sometimes, parents selalu tak ambil kisah benda kecil yang anak dia dapat buat. Tapi, aku pulak selalu kagum dengan kebolehan baru anak² aku.. walau sekecik mana perkara baru yang diorang buat..

Pagi tadi masa tunggu enjin kereta panas, aku biarkan izzat duduk belakang dan main dengan toy yang dia sempat seludup keluar dari rumah.. sambil aku layan blues dengar radio.. tiba² aku dengar macam izzat humming something.. as if dia tengah nyanyi sambil main the toy.. just to be sure, aku jengok belakang pelan-pelan without wanting to interrupt him.. and yes.. he is humming something.. heheheh.. cute.. very cute...

Last night aku mengomel yang building blocks set the boys bersepah sana-sini.. aku suruh diorang simpan but biasalah.. buat donno je.. si ayah try pulak dengan cara dia.. and aku terus ke belakang sambung kerja.. masa aku tengah sibuk basuh baju.. si ayah panggil aku.. dia tanya sama ada aku ada tak ajar imran untuk kutip building blocks tu dengan masukkan dalam baju.. and i said 'no'.. then dia tunjuk kat imran yang tengah kutip benda tu.. wah.. tahu pulak dia idea camtu.. kagum.. kagum..

Alhamdulillah.. anak aku membesar dengan sihat... ;)

Wednesday, June 27, 2007

Hal nursery

Aku tengah rasa sebal ni.. sebal dengan pengasuh-pengasuh di nursery anak aku.. aarrggghhh... aku tak tau cemana nak luahkan rasa sebal tu.. tapi.. aku memang tak puas hati..

Yang pertamanya, the so call new rule said that 5.30 pm onwards dah dikira OT diorang.. so, mana-mana budak yang parents dia tak amik lagi dikenakan RM5/head.. kalau aku? dah RM10 a day.. Mana boleh kak.. aku pun punch out kul 5.30 petang.. mana sempat nak start enjin kereta dan sampai kat nursery sekelip mata... jin ke hapa?? tak kan takleh consider kalau aku lambat 5 minit..

Kedua.. pilih kasih... ni satu lagi yang aku dah lama perati and tak puas hati.. diorang ni ada saja pilih² kasih.. especially yang comel.. manja.. memang anak kesayangan la.. kalau macam izzat, yang jenis buat donno je.. dah tak jadik favourite diorang.. aisheh... sian anak aku..

Hati.. sabar lah dikau..

Friday, June 15, 2007

Kena tinggal

Last Monday to Wednesday aku outstation.. so, the boys kena tinggal dengan ayah diorang.. heheheh.. aku imagine yang keadaan rumah mesti tunggang langgang dan si ayah dengan susah payahnya nak melayan kehendak anak²nya yang sooo demanding.. especially imran..

But to my surprise, they all boleh pulak behave sepanjang peninggalan aku tu.. tidur awal.. tak meragam.. (aku sentiasa call for updates daripada si ayah ;p~).. good for him

Bila aku jejak kaki kat rumah je.. huh.. tunggang langgang tu dah wajib.. patutlah si ayah tak susah sangat menjaga budak² tu.. dibiarkan je diorang main sepahkan semua.. hemmmpphh.... aku jugak yang penat.. *sigh*

Wednesday, June 06, 2007

Family visits

Last week adik aku yang belajar di Cheras dah tamat sesi pelajarannya.. so, dia minta tolong kakak-kakaknya angkut barang dari rumah sewanya balik kampung.. kebetulan sekarang ni cuti sekolah and kakak aku bercuti (dia cikgu..) Dia pun ambil kesempatan datang bercuti di KL ni.. Imran dan Izzat bukan main lagi suka Mak Ngah dan anaknya datang.. ada sepupu yang suka melayan diorang tu..

So, last Saturday atas permintaan aku bawak la diorang ke Putrajaya and end up berkelah di Taman Wetland.. Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket sekadar makan tengahari atas batu tanpa pemandangan sungai yang menyegarkan dan burung flamingo (seperti yang dijanjikan..) ;p~

The next day, kami bawak pulak naik Eye on Malaysia di petang hari yang hujan.. Photo Sharing and Video Hosting at Photobuckethahahah.. ye la time tu sure tak ramai yang datang.. walaupun masih ada orang yang datang (termasuk family aku..)Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, May 28, 2007

Jalan-jalan di SOGO

Sabtu lepas, si ayah tiba² ajak aku ke SOGO.. dia nak beli wedding present sorang staff dia ni.. kali ni dia suggest kami ke sana naik komuter.. hemm.. adventure ni.. (selalunya kami naik kereta je..)

Stesen komuter dengan rumah aku tak jauh, kurang 10 minit jalan kaki je.. so, bawak la the boys sekali.. si imran memang teramat teruja lah nak naik train.. sebelum ni pun dah 2 kali si ayah bawak dia ke KL naik train.. as for izzat, this is his frst time.. biasa la.. blur je..

Huh.. penat sungguh.. ramai pulak yang naik komuter time² cam ni.. terasa jauhnya nak sampai SOGO walaupun hanya 2 perhentian je.. kalau dulu masa zaman bujang, komuter, lrt, bas.. memang transport utama la.. dan tak de pulak rasa penat.. maybe sebab bawak budak² ni kot.. (alasan sebenarnya.. aku dah tua ke?? alamak..)

Perjalanan balik pun mencabar.. aku kena dukung si imran sepanjang jalan nak ke komuter stesen.. "ibu.. imran penat la.." rayu dia dengan muka sedih.. aduhai.. si ayah dah lepas ke depan dukung izzat dan bawak beg berat lagi.. aku pun terpaksa rela la dukung budak berat berumur 3 tahun tu.. mau kejang kaki nak menapak mendaki tangga jejantas yang panjang tu..

Dipendekkan cerita, bila sampai je rumah.. aku flat! bukan hanya aku. si ayah pun.. kami tertidur kat family area.. dengan 2 budak yang dok bermain keliling kami..

Tuesday, May 22, 2007

Monthly checkup

Aku baru balik dari bawak Izzat ke Klinik untuk monthly checkup dia.. alhamdulilLah.. semua berjalan lancar.. next visit which is next 3 months izzat akan kena cucuk imunisasi lagi.. (last injection untuk dia..)

Info untuk imunisasi kanak² ummu amik daripada infosihat.gov.my. Tanggungjawab kita sebagai parents adalah memastikan anak kita mengikuti semua program imunisasi ni.. insyaAllah.. sihat la anak kita..

Saturday, May 19, 2007

Tak ngaku kalah

Huh.. akhirnya the boys tidur jugak.. lega gitu.. ligatnya diorang main.. sampaikan aku yang tukang tengok pun penat.. biasala diorang bila dapat main dengan si ayah.. tak ingat penat dah.. everytime aku suruh tidur, si imran takkan nak dengar punya.. walau pun aku tengok mata dia dah layu.. mengantuk.. si izzat pulak, selagi dia larat join abangnya, dia pun tak nak ngaku kalah..

Tapi, mata izzat tak lah sedegil mata imran.. dia kalau dah tak tahan, tetap akan datang carik aku.. sambil nangis manja.. pastu dia cakap.. "nak.. nak..".. tahu dah la tu.. dia nak apa.. menyonyot sampai tertidur..

Imran plak, bila adiknya dah tidur dia terpaksa lah minta dia diam.. eheheh.. so, dia akan boring dan selalunya akan mintak aku buatkan susu.. dan akan tertidur jugak.. tapi malam ni dia tertidur tanpa sempat mintak susu dek kerana terlalu penat..

Aku pun sat gi nak habiskan kerja sikit kat dapur.. solat Isyak dan menyusul anak-anak aku ni jugak.. Selamat malam......

Friday, May 18, 2007

Group B streptococus

Aku come across satu artikel dalam majalah Pa&Ma keluaran Mei 2oo7 pasal "Jangkitan ketika hamil dan kesan pada janin".. Dalam artikel tu ada sebut pasal jangkitan bakteria dan protozoa.. salah satu bakteria tu ialah Group B Streptococus (GBS).. Kenapa aku berminat dengan this artikel? Sila la baca my previous entry..

Tanda dan gejala pada ibu:

* tiada tanda atau tiada rasa apa-apa

* jangkitan pada saluran kencing

* radang pada kantung janin (Chorioamnionitis)

* manyebabkan jangkitan pada ruang rahim selepas melahirkan bayi
(Endomyometritis)

Kesan pada janin/neonatal

* Impak awal - jangkitan pada tahap awal (24 jam pertama selepas lahir hingga 7 hari). Ia melibatkan radang paru-paru, septisemia (jangkitan melalui darah ke seluruh badan bayi (neonatal sepsis) termasuk masuk organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang).

* Impak akan datang - Jangkitan jenis kedua (selepas seminggu hingga 3 bulan). Melibatkan septisemia dan meningitis. Atau kesan sampingan seperti kecederaan pengelihatan, pendengaran, percakapan, kecacatan perkembangan otak.

Nota:

  1. pemeriksaan vagina swab ialah pemeriksaan di dalam faraj (ambil sedikit cecair dari bahagian dalam faraj) yang akan diuji untuk mengesan kehadiran kuman khususnya GBS

  2. ujian pengesanan AGBS dilakukan pada minggu ke 33 hingga ke 37 kehamilan dan antibiotik tidak perlu diberikan dengan segera kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan

  3. kemungkinan mendapat jangkitan GBS lebih tinggi jika ibu itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban pecah dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, GBS dikesan dalam faraj terutama pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS selepas bersalin

  4. pemberian antibiotik lazimnya pada peringkat awal sakit hendak bersalin. Antibiotik akan diberi melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi 4 jam sebelum bayi dilahirkan

  5. 98% bayi yang ibunya dikesan mempunyai GBS adalah normal dan tidak mendapat jangkitan.

Imran and his trantrums

Imran ada satu perangai yang paling aku tak gemar.. tantrum.. aduhai.. susah sangat aku nak pujuk kalau mende tu dah datang..

Petang tadi masa aku ambik dia dari nursery.. dia ok lagi.. tapi ntah apa kena kot.. (maybe sebab aku tak terlayan dia cakap masa aku drive) dia jadik marah kat aku.. menjerit-jerit dalam kereta.. kalau aku belok.. dia marah.. aku slow dia menjerit.. aduh.. teruji kesabaran aku.. dipendekkan story, sampai kat rumah.. dia buat tak nak turun dari kereta pulak.. pastu menjerit-jerit dalam kereta.. ada la dekat setengah jam aku dok pujuk dia pakai selipar dan keluar dari kereta.. jiran-jiran yang lalu pun tengok aku semacam jer.. macam la aku ni dera anak..

Macam-macam trick aku buat nak pujuk dia.. pujuk cara baik.. cara lawak.. cara serious.. dan last sekali cara marah la (tu dah tak tertanggung marah dah la tu).. ya Allah.. memang teruji kesabaran aku dengan perangai imran.. dah la dengan penatnya balik kerja lagi..

Imran.. Imran.. ibu sayang imran.. tapi Imran jangan la buat ibu marah.. please, sayang..

Pilih baju

Imran sekarang dah pandai nak pilih sendiri baju yang nak dipakainya. Yang susahnya bila nak ke sekolah (read: nursery), dia tak nak pakai baju sekolahnya tu.. penat la memujuk tapi resultnya sama jugak.. he will get what he wants. (aku takut lambat punch in sebenarnya..)

Pilihan pakaian imran:
  • jeans
  • khakis
  • t-shirt teropong (which dah kecik dengan dia)
  • t-shirt abc (ntah kat mana tulis 'abc' kat t-shirt ni ntah)
  • baju spiderman (his all time fav)

Jeans/khakis pulak TAK BOLEH yang pendek.. alasannya - nampak kaki.. bila aku tanya kenapa tak nak pakai seluar pendek.. the answer is "nanti senang kena pukul kat kaki".. hemmph?? Sapa pulak pukul dia ni?

Moral of the story, dah besar anak aku.. eheheh...

Thursday, May 17, 2007

Budak kecik boring

Entah pesal harini Imran tidur awal.. tinggallah si adik kebosanan.. dek kerana itu, dia asyik nak mengejutkan abangnya.. penat aku nak menerpa kat dia sebelum dia menerkam si abang.. tak sudah-sudah aku tegur dia.. "Izzat.. jangan kacau abang.." :)

Izzat dok meleseh kat aku pulak ni.. aku buat tak tahu je.. agaknya dia pun give up and sambil menyanyi (hanya dia yang tahu liriknya), dia ambil buku dan belek-belek.. comel sungguh!!

Bila aku tenung Izzat, sejuk hati aku.. dia yang masa aku lahirkan kena tahan di NICU Hospital Selayang selama 8 hari.. ada jangkitan bakteria GBS dalam darah.. dan kuning yang quite teruk.. aku kena banyakkan bersabar dan bertawakal dengan kesihatan dia.. betapa setiap hari aku menangis tengok dia kena cucuk.. diberi antibiotik.. tidur bawah lampu.. dan setiap malam aku tak dapat lelapkan mata sebab dia menangis kesejukkan dek kerana tak boleh dipakaikan baju pun supaya kuning dia berkurangan.. betapa aku berdoa agar setiap titik susu aku yang dia minum Allah jadikan penawar untuk segala penyakit dia.. dan sampai sekarang hingga hari ini, dia masih menyusu aku..

AlhamdulIllah.. sekarang dia dah membesar dengan sihat depan mata aku.. jadi anak yang cerdik dan senang dijaga.. syukur kepadaMu Tuhan..

Muntah! yukkss..

Dah jadi rutin harian aku untuk ke nursery jengok anak².. Untuk budak² 2 - 4 tahun macam Imran, waktu rehat aku, diorang ditidurkan.. (aku pun tak pasti samada memang dia tidur ke tak..) Baby sebaya Izzat pulak, dibiarkan main sebab kebanyakan ibu akan datang untuk main dengan baby masing²..

Jumaat lepas aku ke rumah kawan yang baru 3 minggu bersalin.. Waktu rehat hari Jumaat panjang and aku rasa tak sampai hati nak tinggalkan Izzat di nursery.. So, aku bawak dia sekali.. dalam perjalanan tu, dia termuntah dalam kereta!! Habis semua bubur nasi yang dia makan tu dikeluarkan.. Agaknya sebab cuaca panas dan trafic sesak kot.. aku asyik terberhenti² je..

So, habis lah kereta aku.. berbau muntah satu kereta.. Mujur jugak collegue aku ikut sekali.. dia la yang terpaksa bukakkan baju Izzat dan lap muntah tu.. aduhai.. TQ.. TQ.. Dipendekkan cerita, terpaksa lah izzat mandi di rumah kawan aku tu dan pinjam baju anak dia.. Kat sana dia ok jer.. takde plak menunjukkan tanda tak sihat.. AlhamdulIlah.

Bau muntah tu ada la dekat seminggu tak hilang lagi.. car seat izzat pun terpaksa aku basuh..

Dilema ibu: tak bawak kesian.. bawak.. lain pulak ceritanya..

Wednesday, May 16, 2007

Kenapa?

Seingat aku memang aku dulu seorang yang banyak bertanya.. kenapa burung tu terbang, kenapa kereta tu berenti tepi jalan.. kenapa itu dan kenapa ini..

Aku ada terbaca dalam buku on parenting yang at one stage, the kids akan banyak bertanya.. it is their learning process.. memang aku dah tahu fakta tu and i'm expecting Imran to ask me questions..

Huh! aku under estimate Imran rupanya.. soalan yang dia tanya.. selalunya aku sendiri pun tak terpikir jawapannya.. aduh anak.. But i've tried to answer all his questions walaupun kekadang tu aku keep on pusing the jawapan.. for the sake of menjawab soalan dia.. heheh..

(Senario masa aku tengok cerita Jewel in the Palace haritu)

+ ibu, kenapa kakak tu kena pukul dengan ibu dia, ibu?
- sebab kakak tu pegi tangkap ikan..
+ kenapa dia tangkap ikan, ibu?
- sebab dia nak main dengan kawan dia
+ kenapa dia main dengan kawan dia, ibu?
- sebab dia rasa seronok nak main dengan kawan dia
+ kenapa dia seronok, ibu?
- .... (aku dah lost track dah..)

The boys

Well, i'm a mother of 2 boys.. yang sulung, Imran.. bulan April haritu celebrate his 3rd birthday. adiknya, Izzat dah berumur 1 tahun 3 bulan.. Being the mother to the boys is the most enjoyable experience dalam hidup aku.. sejak dari diorang lahir, sampai sekarang memang ada saja pekara baru yang mengajar aku bahawa Allah itu Maha Berkuasa.. Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. (not that i don't know the fact!).

And they always remind me about my own arwah mak.. her love, sacrifices, happiness, tears etc.. Betapa besarnya jasa emak membesarkan aku sampai aku berjaya menjadi seorang wanita..

Now that aku sendiri dah jadi seorang ibu, i shall do my very best membesarkan dan membimbing anak² aku untuk menjadi anak dan hambaNya yang soleh, taat dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.. insyaAllah..

Dedicated to them

Blog ni aku wujudkan untuk anak² aku..

Anak adalah amanat
tanggungjawab yang paling berat
tapi paling membahagiakan..

Anak adalah segalanya
siapalah ibu
tanpa anaknya..

First Edition

My first posting into the new blog..