Sunday, December 16, 2007

Kali pertama naik bas

Sekarang ni aku duduk rumah dengan izzat sorang je.. si ayah balik kampung tolong mak dia untuk preparation kenduri adik-adik dia on 23 Disember ni.. tahun ni mak mertua aku sambut 2 orang menantu sekali gus.. so, as a good son and big brother, dia balik la awal..

Kali ni si ayah balik kampung dengan bas ekspress.. saja nak bawak imran naik bas ke kampung.. selama ni asyik naik kereta je.. so.. on 15 Disember 2007.. for the first time imran naik bas ekspress bailk kampung.. excitednya dia.. sampaikan tak tidur sepanjang perjalanan tu.. kalau naik kereta.. dah tidur dua tiga round..

So, izzat kat rumah kebosanan.. tak tahu nak main apa dengan aku.. ye la, usually dia main dengan abang & ayah.. aku ni hanya tempat nak bermanja dan mintak susu je.. eheheh.. setakat nyanyikan nursery rhimes tu boleh la.. lagi pulak kalau weekend, aku memang peruntukan masa aku untuk mengemas @ mencuci rumah ni all out.. sian dia.. asyik kena tengok tv ja.. nap tengahari pun lama.. sebab takde orang kacau..

Sabar je sayang.. hari selasa ni abang balik..

No comments: