Showing posts with label sigh. Show all posts
Showing posts with label sigh. Show all posts

Friday, June 19, 2009

'Hadiah'

Aku selalu kena sogokkan 'hadiah' untuk imran dan izzat behave pagi-pagi sebelum ke 'sekolah'.. hari ni diorang mintak nak makan aiskrim.. since aku nak cepat ke office, aku iyakan je la.. semalam, aku belikan twisties sorang satu.. a day before that, fruities sweets, 2 each..

Yang tak best nya.. aku ni macam mengajar diorang ni rahsuah pulak.. ye ke? nauzubillah.. harapnya tak la sampai macam tu kan?

Wednesday, June 17, 2009

Ibu yang runsing

Pagi semalam, izzat tiba-tiba je kata tak nak pakai baju sekolah.. tiba-tiba je tak nak keluar dari rumah dan terus berdiri depan pintu.. tiba-tiba je kata "ibu, izzat nak duduk rumah" .. kenapa ye?

Lepas hantarkan izzat dan husna ke nursery, aku hantar pulak imran ke tadika dia.. aku naik opis untuk bayar tuition fees.. tiba-tiba je imran buat muka sedih.. tiba-tiba je imran meleleh air mata.. kenapa ye?

persoalan yang aku runsing up until now.. kenapa ye?

Thursday, May 21, 2009

Susahnya nak tidur..

Aku pada kebiasaannya train anak² aku tidur selewat-lewatnya jam 10pm.. cuma pada keadaan luar kebiasaan je yang terbabas ke jam 11pm.. sekali sekala boleh la..

Pada aku, imran takde masalah timing macam ni.. agaknya memang mata dia pun dah ter'set' tidur jam 10pm.. as for izzat, susah nak tidur betul anak sorang ni.. selagi dia tak betul² mengantuk, jangan harap dia nak tidur.. to make thing worse, dia akan kacau pulak si abang yang dah lali tu.. silap haribulan.. dengar la budak menangis tengah² malam buta.. haru..

Husna, as usual nak kena ada bau ketiak ibu dia, baru leh lelap.. heheh.. bukan husna je pun sama la tiga-tiga budak ni masa umur macam ni..

Wednesday, December 17, 2008

Progress Husna

Husna is my precious little princess.. memang sepanjang pregnant kat dia (which aku tak tawu gender baby dalam perut).. aku selalu doa supaya dikurniakan anak pompuan pulak after the two boys.. and alhamdulillah.. Allah makbulkan doa aku..

Memang besarkan the three of them menyeronokkan.. masing² ada keistimewaan sendiri dan jugak cabaran masing².. husna cepat sikit dari abang² dia.. at the age of 9 months dia dah mula berjalan.. and tumbuh gigi.. last week hari jumaat malam (exact date is 12/12/08) dia mula berani lepaskan tangan aku dan berjalan towards ayah dia (lebih kurang 6 7 tapak) pastu mulut tak stop dok kata "taa tah.. taa tah.." sooo comel! sampaikan nak tido malam pun dok ber taa tah lagik.. hahahah..

Sekarang ni perangai dia susah nak tido malam.. kalau dah nak terlelap je, dia akan geleng²kan kepala dan bangun semula.. aduhai.. memang mencabar nak tidokan dia.. kekadang keje rumah yang aku dah plan nak buat malam tu tak menjadik sebab tertido ngan dia.. which after sejam lebih dok berhempas pulas menepuk.. membedung.. zikir.. nyanyi.. dan macam-macam teknik dah cuba.. sampai aku pun penat..

Cemana pun.. tu la asam garam nak besarkan diorang.. nanti dah besar dah takde camtu dah.. kan?

Saturday, November 08, 2008

Gaduh

Cemana agaknya anak orang lain masa naik kereta/kenderaan? Anak aku?? Asal naik kereta je.. mula la.. perkara yang diorang suka buat masa naik kereta:
  1. "Ibu.. nak dengar lagu raya!" - ni lagu 'balik kampung' nyanyian allahyarham sudirman.. penangan raya hari tu tak abih lagi.. lagu ni kalau tak ulang 10 kali setiap kali naik kereta tak sah.. uwekk.. tak lalu dah aku nak dengar lagu tu..
  2. "tu.. tu.. dah nak kona.. hahahahah..." - yang ni diorang dok main la.. ok lagi sebab yang kedengaran hanya gelak ketawa la.. mood ibu dengan ayah pun ok..
  3. "uwwaaaaaa.. ibu tengok izzat ni..." - ni maknanya si izzat tu mula la mengusik abang dia.. bunga² taik bergaduh dah start..
  4. "aaaaaaa... (jeritan highest pitch)" - ni jeritan izzat kalau abang dia mula balas balik (see no. 3)..
  5. "tak nak kawan ibu/ayah" diikuti dengan tangisan sedih - yang ni kalau aku atau ayah menegur salah sorang.. ayat standard la tu.. pastu mula la buat perangai yang tak best..
Haaa.. kalau dah start no. 5 tu, mula la aku hangin satu badan.. silap² aku pulak jerit kat diorang.. hahahah..

Tuesday, September 23, 2008

Digimon


Semenjak jadik ibu ni.. aku kena mengikuti semua cerita kartun yang anak² suka.. segala²nya aku kena amik tau.. dari nama karektor.. jalan cerita dia.. kenapa itu dan ini.. sebab aku ni selalunya jadik diorang punya focal point kalau nak tanya apa² pasal kartun tu.. heheh..

sekarang ni budak² tu suka tengok digimon.. so aku kena tahu nama digimon tu.. kalau digimon tu bertukar jadik nama apa pulak.. kenapa digimon tu jadik jahat.. ntah apa² lagi la.. mencabar jugak nak mengingat nama digimon tu.. semuanya ada 7 ekor.. pastu setiap ekor tu ada 4 jenis pertukaran.. dah 28 nama aku kena ingat.. pastu campur dengan nama digimon jahat.. lagik nama budak² dalam kartun tu.. *sigh* :p

Friday, October 19, 2007

Insiden pagi raya ke-3

Raya ke-3 kami sekeluarga kat rumah Tok Wan Mad.. pagi raya ni ramai tetamu datang rumah mertua aku.. family adik abah mertua datang dengan anak cucunya, bakal besan mertua aku pun datang.. kawan adik ipar pun ada.. plan untuk keluar berziarah pagi tu terbantut la..

Imran tak kisah tak ke mana² pun.. selagi ada Hadi dengan Aisyah.. dia ok je.. memang main tak ingat dunia la budak tu.. ntah apa la yang diorang mainkan, sorok² kot.. imran dengan hadi masuk salah satu bilik kat rumah tu.. siap kunci tombol lagi.. imran sebenarnya pandai bukak kunci tombol camtu.. pulaskan je tombol dah boleh bukak..

Aku perasan diorang main camtu.. tapi dah lama sangat diorang kat dalam tu.. mulanya aku buat derkk je.. tapi si aisyah yang tertinggal kat luar ni dok panggil adik dia banyak kali pun tak terbukak jugak bilik tu.. pelik jugak aku..

Aku panggil imran dari luar.. bila aku suruh bukak pintu bilik, imran jawab yang dia tak leh nak bukak.. hah?? takleh bukak ke? aku panggil hubby tolong bukakkan dengan kunci spare mertua aku.. tak jalan jugak.. dah sudahh..

Si hadi dah start nangis dah.. imran maintain lagi.. dia yang dok berkomunikasi dengan kami yang kat luar bilik ni.. tetamu dah pakat datang nak tolong bukak pintu.. ketuk tombol la.. nak pecah pintu la.. macam²..

Dipendekkan cerita, anak sedara mertua tu pandai sikit bab bukak pintu terkunci ni.. dia yang usahakan sampai boleh bukak.. alhamdulillah.. keluar jugak anak aku.. heheheh..

Bila orang tanya imran dia nangis tak dalam tu, dia jawab "tak.. hadi yang nangis.." dengan selamba kataknya.. pastu sambung main.. ceh!! penat je aku risaukan dia..

Friday, June 15, 2007

Kena tinggal

Last Monday to Wednesday aku outstation.. so, the boys kena tinggal dengan ayah diorang.. heheheh.. aku imagine yang keadaan rumah mesti tunggang langgang dan si ayah dengan susah payahnya nak melayan kehendak anak²nya yang sooo demanding.. especially imran..

But to my surprise, they all boleh pulak behave sepanjang peninggalan aku tu.. tidur awal.. tak meragam.. (aku sentiasa call for updates daripada si ayah ;p~).. good for him

Bila aku jejak kaki kat rumah je.. huh.. tunggang langgang tu dah wajib.. patutlah si ayah tak susah sangat menjaga budak² tu.. dibiarkan je diorang main sepahkan semua.. hemmmpphh.... aku jugak yang penat.. *sigh*