Wednesday, October 24, 2007

Alamak! Ultraman Tiga kalah?

Imran's favourite superhero: Ultraman Tiga, Spiderman, Batman

Jam 6.30 petang di Astro Ceria, Isnin - Khamis, ada siri ultraman tiga.. as usual, aku akan ingatkan imran supaya mandi dulu sebelum start cerita tu.. kekadang, aku gunakan cerita kegemaran dia tu untuk suruh dia kemaskan mainan yang bersepah dulu.. "kalau tak, ibu tak nak bukak cerita ultraman tiga" selalu aku 'ugut' camtu.. eheheh..

Everyday, ultraman selalu menang je kalau lawan dengan rekaksa.. ntah kenapa tetiba hari ni ultraman KALAH!.. terkezut imran.. dengan muka tak puas hati dia dok tanya aku.. "ibu, kenapa ultraman tu jadi batu?".. aku pun dok ulang jawapan yang sama.. hahah..

Since ultraman tiga kelah dengan resaksa hari ni, dia dah memaksa ayah dia lukis ultraman nexus pulak menggantikan fav. hero dia tu.. ;p

Friday, October 19, 2007

Insiden pagi raya ke-3

Raya ke-3 kami sekeluarga kat rumah Tok Wan Mad.. pagi raya ni ramai tetamu datang rumah mertua aku.. family adik abah mertua datang dengan anak cucunya, bakal besan mertua aku pun datang.. kawan adik ipar pun ada.. plan untuk keluar berziarah pagi tu terbantut la..

Imran tak kisah tak ke mana² pun.. selagi ada Hadi dengan Aisyah.. dia ok je.. memang main tak ingat dunia la budak tu.. ntah apa la yang diorang mainkan, sorok² kot.. imran dengan hadi masuk salah satu bilik kat rumah tu.. siap kunci tombol lagi.. imran sebenarnya pandai bukak kunci tombol camtu.. pulaskan je tombol dah boleh bukak..

Aku perasan diorang main camtu.. tapi dah lama sangat diorang kat dalam tu.. mulanya aku buat derkk je.. tapi si aisyah yang tertinggal kat luar ni dok panggil adik dia banyak kali pun tak terbukak jugak bilik tu.. pelik jugak aku..

Aku panggil imran dari luar.. bila aku suruh bukak pintu bilik, imran jawab yang dia tak leh nak bukak.. hah?? takleh bukak ke? aku panggil hubby tolong bukakkan dengan kunci spare mertua aku.. tak jalan jugak.. dah sudahh..

Si hadi dah start nangis dah.. imran maintain lagi.. dia yang dok berkomunikasi dengan kami yang kat luar bilik ni.. tetamu dah pakat datang nak tolong bukak pintu.. ketuk tombol la.. nak pecah pintu la.. macam²..

Dipendekkan cerita, anak sedara mertua tu pandai sikit bab bukak pintu terkunci ni.. dia yang usahakan sampai boleh bukak.. alhamdulillah.. keluar jugak anak aku.. heheheh..

Bila orang tanya imran dia nangis tak dalam tu, dia jawab "tak.. hadi yang nangis.." dengan selamba kataknya.. pastu sambung main.. ceh!! penat je aku risaukan dia..

Leader

Masa balik beraya di kampung, Imran seronok sungguh bermain dengan sepupu dia.. celik mata pagi tu dia dah bertanyakan sepupu dia.. Hadi dengan Aisyah.. anak kakak ipar aku.. dan seawal pagi tu jugak budak berdua tu dah muncul kat rumah Tok Wan Mad diorang.. rumah kakak ipar tak jauh.. selang 2, 3 rumah je dari rumah Tok Wan Mad..

Sepanjang hari dok main sampai tak ingat nak makan.. nak bagi makan pun kena ajak 4, 5 kali.. baru masuk telinga budak² tu.. imran suka main dengan budak berdua tu sebab diorang dengar cakap dia.. bila dia ajak main ni, diorang ikut.. bila dia ajak main tu.. diorang turut.. mana si imran tu tak suka..

Komen tok wan dia, "Imran ni boleh jadi leader ni.."

Komen aku dengan hubby, "dah memang nama dia pun Zaim = Pemimpin.." :)

Zaim Imran = Pemimpin budi bahasa
Zaim Izzat = Pemimpin kemuliaan

Thursday, October 18, 2007

Raya experience 2

Raya pertama kat kampung aku.. so, pagi tu aku berpeluang ziarah kubur arwah mak.. aku dengan kakak ke kubur sebelum solat Aidilfitri.. aku angkut sekali budak berdua tu.. ini first time aku bawak diorang ziarah kubur.. imran siap tanya Mak Ngah dia.. 'ni apa Mak Ngah?' dah kena explain kat dia apa tu kubur.. dengan panjang lebar.. seperti tahun² sudah.. walaupun dah 6 tahun arwah mak takde, air mata aku mesti mengalir masa ziarah kubur arwah.. kali ni, izzat kesatkan air mata aku dengan penuh concern (dia heran kot).. imran pun dok pegang hujung baju aku macam nak bagi moral support.. alahai anak² ibu..

Lepas solat raya, kami bergambar kat rumah aku.. raya kali ni cukup semua anak² Tok Wan Hashim kat rumah dia.. semua cucu pun berkumpul.. (kecuali arwah la.. sob.. sob..).. imran dah rimas sebab kitorang sumer sibuk² nak bergambar.. nampak bad mood la pulak budak tu.. tapi dia cuba maintain lagi.. heheh..

Gambar kat sebelah ni semua cucu Tok Wan Hashim.. anak abang aku.. Faris, Shakirah dengan Balkish.. anak kakak aku.. Hambali, Hidayat dengan Nurin.. anak aku.. Imran and Izzat..

dari kiri: Nurin, Shakirah, Balkish, Faris, Hambali, Hidayat
belakang: Imran, Izzat


Keluarga sebelah Tok Wan Hashim..

Raya experience 1

Cuti raya tahun ni balik sebelah kampung aku dulu.. kami bertolak dari KL dalam pukul 6.oo pm lepas aku habih kerja.. hubby datang amik aku dengan budak² tu kat nursery.. tengah hari tu aku dah siap masakkan lauk untuk berbuka.. so, hubby cuma panaskan mana yang patut dan pack makanan tu untuk berbuka kat mana² hentian nanti.. aku pesan dia buatkan air milo panas sekali.. dalam perjalanan tu.. takde la banyak kereta lagi.. mungkin masih awal orang bandar nak balik kampung.. so, releks la sikit.. imran & izzat pun lepas waktu berbuka kat Hentian Sebelah Tanjung Malim dah tidur.. lagipun journey malam.. bukannya diorang nampak apa pun.. Kami sampai kat kampung aku dalam pukul 11.00 camtu.. budak² tu mulanya macam dah segar.. dah tak mahu tidur la pulak.. tapi.. dipaksa jugak tidur balik..

Hari pertama kat rumah tok wan, izzat dah dapat 'habuan' dek kerana rajin memanjat tangga rumah tok wan dia.. dah benjol.. ehehhe.. jawabnya hijau la dahi anak ibu ni masa raya nanti.. si imran pulak.. lambat sikit nak warm up.. asyik malu lagi dengan mak tok & tok wan dia.. si izzat takde nak malu lagi dah.. pandai je dia ke dapur minta biskut raya.. lepas satu, satu dia cuba.. heheheh.. hantu biskut rupanya dia..

Petang tu kitorang ke rumah hubby pulak.. kat sana sepupu imran-izzat lebih kurang je umur diorang (3 orang anak kakak hubby).... sorang tua setahun, sorang lagi sebaya imran, yang kecik sebaya izzat.. apa lagi.. main tak ingat dunia la imran.. masa nak balik rumah aku.. punya la susah nak ajak imran tu.. dah seronok main.. aduss..

Monday, October 08, 2007

Imran learns a punishment

Hari Sabtu lepas, gastrik aku datang balik.. tapi aku still dok tahan lagik.. kalau boleh tak nak la bukak.. ntah nape puasa masa third pregancy ni jadik camni.. puasa masa pregnant imran dengan izzat takde la terkena gastrik.. selamba je aku puasa sebulan.. dengan bangganya dok cakap aku tak yah ganti² puasa untuk tahun tu.. kali ni? hampeh.. so far dah 3 hari.. kecewa... takpa la.. takut mudarat diri sendiri.. kena jugak berbukak..

Sepanjang bulan puasa ni, kelas husband aku yang selalunya petang & malam Khamis diganti ke hari Sabtu.. so, since aku tak larat nak buat apa, aku biarkan la dua beradik tu bersukaria dengan menyepahkan rumah.. serabut perut aku tengok.. tapi dah tak kuasa nak larang and kemaskan semula.. tapi aku asyik pesan la kat imran.. lepas main, simpan balik.. sampai aku sendiri lost count pesan aku tu.. pendek kata memang sepanjang hari tu aku dok ungkap kata² tu je..

Sampai la nak berbuka.. aku sound lagi kat imran.. kali ni dia buat tak dengar je.. sebab ayah dia ada.. aku sampai tahap hot dah.. dah la nak menahan sakit gastrik ni.. dengan nak menahan sabar lagi.. budak ni memang nak kena ni.. still, aku sabar lagi..

Lepas solat.. aku ajak imran dengan adik dia secara diplomasi untuk simpan sesama semua mainan dia especially blocks yang dicampak² merata rumah.. budak ni buat main² plak.. kejap ambik.. letak balik.. memang nak uji kesabaran ibu dia ni.. last sekali dia cakap 'penat la nak simpan ibu..' dan gi sambung main dengan ayah dia..

Huh... aku rasa macam dah nak meletup ni.. aku warning imran 'kalau ibu yang simpan, ibu akan simpan terus.. ibu kunci bilik tempat simpan mainan tu.. imran tak leh main sampai imran janji nak simpan balik lepas main..' dia buat derkk weh.. ok.. aku pun simpan semua.. termasuk buku² yang disepahkan.. kutip semua blocks.. kereta mainan.. semua la.. sambil menekan perut yang makin sakit.. tensen.. tensen.. aku masukkan dalam bilik mainan dan kunci bilik tu..

Malam tu sikit.. imran nak bukak bilik tu.. of course takleh kan? dia dengan muka innocentnya mintak aku bukak kan bilik tu.. aku dengan selambanya cakap 'takleh sebab tadi imran tak simpan mainan sumer..' meraung dia.. siap kata naper ibu tak bagi imran simpan... aku explain lagi.. aku cakap untuk semalam ni dia tak leh main sebab kesalahan dia tak simpan semula mainan dia.. kalau nak main, kena tunggu esok.. tapi kena janji simpan.. kalu tak janji aku tak nak bukak bilik tu..

Ada la sejam lebih dia meraung mintak aku bukak kan bilik tu.. siap janji nak simpan lagik.. aku still dengan kata-kata aku.. aku cakap ni hukuman kat dia sebab taknak simpan mainan tadi.. makin kuat raungan dia.. kesian jugak kat dia.. tapi aku kena bertegas.. nanti dia ingat aku tak serious dengan hukuman aku plak.. so, biar la dia meraung sampai dia diam sendiri.. biasa la.. minta buatkan susu.. dan tidur..

Semalam, bila dia mintak nak main, aku mintak dia janji dulu.. akan simpan semua mainan yang dia keluarkan tu.. sheepishly dia ngaku.. and said.. 'kalau tak nanti ibu kunci bilik mainan lagi'..

Tau takpe..

Tuesday, October 02, 2007

Izzat's few words

Izzat dah pandai panggil 'ibu'!! wah.. happynya aku, Tuhan je yang tahu.. tapi sekali dua tu je yang betul pun sebutannya.. pastu balik ke 'bu..a..' hemmphh.. bila si anak dah panggil, ngaku je la.. everytime dia panggil camtu aku tak jemu² betulkan semula.. asalkan ada 'bu' jadi la..

Izzat dah ada few words yang dia tahu..
'oo..ee' = lori
'bash' = bas
'ayah' which the most fluent word ever.. duhh.. :p
'shak' = shark (selalu sangat tengok cerita The Shark Tale)
'pish' = fish (sometime ikan kecik pun dipanggil shark.. bila ditegur, mau mengamuk member)
'su' = susu
'tut' = biskut tiger kegemaran dia

ada la lagi few words tapi aku tak leh plak nak recall time ni..

Bila time izzat membebel, memang panjang.. tapi.. satu apa pun aku tak paham.. heheh yang penting dia tak segan nak cakap and dia ada keinginan nak cakap.. alhamdulillah...

Monday, October 01, 2007

Anak, Puasa dan Raya

Hari ni dah hari ke 19 bulan Ramadhan.. terasa sekejap je puasa..

Puasa tahun ni aku kenalkan Imran dengan apa itu puasa.. bagitau kat dia kenapa ibu dengan ayah kena puasa.. macam mana puasa.. sometimes, dia terjaga time sahur, aku explain kat dia kenapa kena sahur pulak.. ok la.. dia macam faham.. everytime dekat azan Maghrib, dia akan tolong bentangkan tikar, ambilkan kuih yang aku dah letak dalam pinggan.. macam la dia yang nak berbuka..

Izzat as usual, tak de la tau apa lagi.. yang dia tau, nak kacau time berbuka.. sibuk tunjuk itu ini nak makan.. takpe la.. nanti dah besar macam abang, ibu explain plak kat dia.. Cakap pasal izzat, dia dah pandai nak bercakap... some of his words memang dah boleh faham.. and seperti biasa.. perkataan 'ayah' menjadi perkataan yang paling sedap disebut.. hampeh betul.. ;p

Aku sekarang pregnant lagi.. yang ketiga ni dah 4 bulan lebih.. insyaAllah, raya ni dia 5 bulan la.. yang sedihnya tahun ni takde la nak melaram baju raya.. rasanya pakai jubah tahun² lepas.. masih elok dalam simpanan.. ala.. bukannya orang tahu ye dok?

Baju raya anak² dah beli dah.. aku amik cuti sehari untuk cari baju raya kat diorang tahun ni.. imran & izzat aku tinggal kat nursery, senang sikit nak bergerak.. anak-anak aku takde la faham lagi konsep raya tu.. nanti hari raya aku kena explain lagi..