Wednesday, September 24, 2008

Updates on izzat

Aduhai.. kesian anak aku yang sorang tu.. makin teruk mata dia.. merah betul! last week, sebelah je.. ni dah jangkit ke mata yang lagi satu.. tak berkesan ubat yang doktor tu bagi.. nak buat cemana..

Sekarang ni izzat on the way ke Hospital Mata Tun Hussein Onn dekat PJ.. risau aku tengok mata dia.. dari pagi tadi aku dah sound kat ayah suruh bawak ke hospital.. pas berbuka baru dia nak pi.. tu pun lepas dia tengok keseriusan mata anak dia tu.. harapnya takde apa² la kat izzat..

Mata izzat yang bengkak plus bintik² campak.. sian dia..

Tuesday, September 23, 2008

Digimon


Semenjak jadik ibu ni.. aku kena mengikuti semua cerita kartun yang anak² suka.. segala²nya aku kena amik tau.. dari nama karektor.. jalan cerita dia.. kenapa itu dan ini.. sebab aku ni selalunya jadik diorang punya focal point kalau nak tanya apa² pasal kartun tu.. heheh..

sekarang ni budak² tu suka tengok digimon.. so aku kena tahu nama digimon tu.. kalau digimon tu bertukar jadik nama apa pulak.. kenapa digimon tu jadik jahat.. ntah apa² lagi la.. mencabar jugak nak mengingat nama digimon tu.. semuanya ada 7 ekor.. pastu setiap ekor tu ada 4 jenis pertukaran.. dah 28 nama aku kena ingat.. pastu campur dengan nama digimon jahat.. lagik nama budak² dalam kartun tu.. *sigh* :p

Saturday, September 20, 2008

Campak pulak

Aku cuti semalam untuk jaga izzat yang baru je disahkan kena sakit mata.. petang semalam jugak aku nampak sebutir bijik kat kulit dia.. pulak.. macam bijik campak je.. sudahhh..

Petang tu bila ayah dia balik dari opis, dia cakap kat nursery sekarang dah 4 orang budak kena campak.. SAH! memang izzat kena campak la tu..

Malam tadi, husna demam pulak.. aku takut dia jangkit dengan izzat je.. sian dia baby lagi.. tapi setakat sekarang ni tak wujud lagi la sebarang bintik kat badan dia.. imran aku tak rasa dia akan terjangkit (harapnya la) sebab dia pernah kena dah dulu.. bintik kat badan izzat dah banyak dah.. sampai kaki pun..

Harap sempat la baik sebelum raya ni.. kalau tak.. ayah kata "kita raya sini dulu la jawabnya.." TIDAKKKKK!!!

Thursday, September 18, 2008

Pesanan doktor

Tadi ke klinik doktor ada pesan:
  • sakit mata berjangkit secara sentuhan so, elakkan bersentuh dengan pesakit selalu
  • selalu basuh tangan especially lepas pegang pesakit
Pesan pengasuh:
  • elakkan bagi pesakit makan benda gatal
So, kena la elakkan imran dengan husna bersentuh dengan izzat which memang mustahil la.. and kena selalu ingatkan imran basuh tangan dia.. actually kalau terjangkit dekat adults lagi teruk.. ahh sudahh.. harapnya aku atau ayah tak terjangkitla..

Gajala sakit mata

Pagi tadi masa sahur izzat dah bangun mintak susu.. aku tengok mata dia merah, bengkak sikit dan bertahi mata.. sah.. anak aku kena sakit mata.. kes jangkit kat nursery la ni.. aduhai.. time dekat nak raya ni la pulak kena.. hampes..

izzat ada kat opis aku la ni.. sat gi aku nak bawak dia pi klinik.. yang tak bestnya ada meeting la pulak.. kena ponteng meeting la jawabnya.. yahoo!!!

Mata izzat merah sebelah kiri..

Petua sakit mata yang aku tahu titiskan susu ibu kat mata yang sakit tu.. nanti kalau husna terkena jugak, boleh la aku titiskan susu kat dia.. harapnya tak kena la..

Thursday, September 04, 2008

Belajar makan

Masuk hari ni umur husna dah 6 bulan 4 hari.. aku dah cuba ajar dia makan.. satu sebab, dia memang sewajarnya diajar makan.. tambah nutrien selain dari susu aku je.. satu lagi sebab, aku risau jugak kot le masa bulan puasa ni susu aku kurang sikit.. takut dia tak kenyang..

Pagi tadi aku blend nasi dengan ayam yang aku dah rebuskan dengan tomato dan sedikit daun sup (bagi bau wangi).. aku tak campurkan perasa pun.. (memang tawar la).. dapatla satu bekas kecik untuk husna makan kat nursery..


Tadi aku turun nursery untuk suapkan husna.. aduhai.. dia punya menangis.. macam nak makan ubat! Dapat la dia makan 4 5 suap.. okey la tu.. bila aku susukan dia baru dia nak diam.. nampak sangat dia prefer susu aku dari makan.. (of course la.. duh!)

Wednesday, September 03, 2008

Yang istimewa

Semua anak² ummu ada keistimewaan masing².. imran, mata besar.. komen orang yang tengok dia "amboi.. besarnya mata dia.."

izzat bibir bawah dia ada tanda merah macam budak baru jatuh.. komen orang yang tengok dia "bibir dia tu kenapa? jatuh ke?"

husna pulak warna mata dia lain dari yang lain.. komen orang yang tengok dia "cantiknya mata dia.. macam orang putih!"

:: orang putih?? hemmph.. rasanya tak tertukar anak masa bersalin dulu!

Izzat's new development

Tadi masa aku dalam tandas basuh poop izzat, aku ada tinggi suara sikit kat dia sebab bekas poop dia dah melekat kat punggung (susah aku nak cuci bekas poop yang melekat tu).. tetiba je dia komen "ibu ni kenapa marah izzat.." dengan suara ala² tak puas hati.. betul jugak.. bukan salah dia poop tu melekat kan? dah nak melekat, nak buat cemana..

Tergelak aku dengar komen dia.. terus tak jadik marah.. eh! dah pandai dia atur ayat dengan betul!!

Monday, September 01, 2008

Babyku husna

Husna dah makin lasak.. dah bergerak jauh.. dan lagi satu.. suka sangat mintak orang stay dekat dengan dia.. kalau ummu gerak ke dapur ke.. menangis la jawabnya!