Entah pesal harini Imran tidur awal.. tinggallah si adik kebosanan.. dek kerana itu, dia asyik nak mengejutkan abangnya.. penat aku nak menerpa kat dia sebelum dia menerkam si abang.. tak sudah-sudah aku tegur dia.. "Izzat.. jangan kacau abang.." :)
Izzat dok meleseh kat aku pulak ni.. aku buat tak tahu je.. agaknya dia pun give up and sambil menyanyi (hanya dia yang tahu liriknya), dia ambil buku dan belek-belek.. comel sungguh!!
Bila aku tenung Izzat, sejuk hati aku.. dia yang masa aku lahirkan kena tahan di NICU Hospital Selayang selama 8 hari.. ada jangkitan bakteria GBS dalam darah.. dan kuning yang quite teruk.. aku kena banyakkan bersabar dan bertawakal dengan kesihatan dia.. betapa setiap hari aku menangis tengok dia kena cucuk.. diberi antibiotik.. tidur bawah lampu.. dan setiap malam aku tak dapat lelapkan mata sebab dia menangis kesejukkan dek kerana tak boleh dipakaikan baju pun supaya kuning dia berkurangan.. betapa aku berdoa agar setiap titik susu aku yang dia minum Allah jadikan penawar untuk segala penyakit dia.. dan sampai sekarang hingga hari ini, dia masih menyusu aku..
AlhamdulIllah.. sekarang dia dah membesar dengan sihat depan mata aku.. jadi anak yang cerdik dan senang dijaga.. syukur kepadaMu Tuhan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment