Monday, May 28, 2007

Jalan-jalan di SOGO

Sabtu lepas, si ayah tiba² ajak aku ke SOGO.. dia nak beli wedding present sorang staff dia ni.. kali ni dia suggest kami ke sana naik komuter.. hemm.. adventure ni.. (selalunya kami naik kereta je..)

Stesen komuter dengan rumah aku tak jauh, kurang 10 minit jalan kaki je.. so, bawak la the boys sekali.. si imran memang teramat teruja lah nak naik train.. sebelum ni pun dah 2 kali si ayah bawak dia ke KL naik train.. as for izzat, this is his frst time.. biasa la.. blur je..

Huh.. penat sungguh.. ramai pulak yang naik komuter time² cam ni.. terasa jauhnya nak sampai SOGO walaupun hanya 2 perhentian je.. kalau dulu masa zaman bujang, komuter, lrt, bas.. memang transport utama la.. dan tak de pulak rasa penat.. maybe sebab bawak budak² ni kot.. (alasan sebenarnya.. aku dah tua ke?? alamak..)

Perjalanan balik pun mencabar.. aku kena dukung si imran sepanjang jalan nak ke komuter stesen.. "ibu.. imran penat la.." rayu dia dengan muka sedih.. aduhai.. si ayah dah lepas ke depan dukung izzat dan bawak beg berat lagi.. aku pun terpaksa rela la dukung budak berat berumur 3 tahun tu.. mau kejang kaki nak menapak mendaki tangga jejantas yang panjang tu..

Dipendekkan cerita, bila sampai je rumah.. aku flat! bukan hanya aku. si ayah pun.. kami tertidur kat family area.. dengan 2 budak yang dok bermain keliling kami..

Tuesday, May 22, 2007

Monthly checkup

Aku baru balik dari bawak Izzat ke Klinik untuk monthly checkup dia.. alhamdulilLah.. semua berjalan lancar.. next visit which is next 3 months izzat akan kena cucuk imunisasi lagi.. (last injection untuk dia..)

Info untuk imunisasi kanak² ummu amik daripada infosihat.gov.my. Tanggungjawab kita sebagai parents adalah memastikan anak kita mengikuti semua program imunisasi ni.. insyaAllah.. sihat la anak kita..

Saturday, May 19, 2007

Tak ngaku kalah

Huh.. akhirnya the boys tidur jugak.. lega gitu.. ligatnya diorang main.. sampaikan aku yang tukang tengok pun penat.. biasala diorang bila dapat main dengan si ayah.. tak ingat penat dah.. everytime aku suruh tidur, si imran takkan nak dengar punya.. walau pun aku tengok mata dia dah layu.. mengantuk.. si izzat pulak, selagi dia larat join abangnya, dia pun tak nak ngaku kalah..

Tapi, mata izzat tak lah sedegil mata imran.. dia kalau dah tak tahan, tetap akan datang carik aku.. sambil nangis manja.. pastu dia cakap.. "nak.. nak..".. tahu dah la tu.. dia nak apa.. menyonyot sampai tertidur..

Imran plak, bila adiknya dah tidur dia terpaksa lah minta dia diam.. eheheh.. so, dia akan boring dan selalunya akan mintak aku buatkan susu.. dan akan tertidur jugak.. tapi malam ni dia tertidur tanpa sempat mintak susu dek kerana terlalu penat..

Aku pun sat gi nak habiskan kerja sikit kat dapur.. solat Isyak dan menyusul anak-anak aku ni jugak.. Selamat malam......

Friday, May 18, 2007

Group B streptococus

Aku come across satu artikel dalam majalah Pa&Ma keluaran Mei 2oo7 pasal "Jangkitan ketika hamil dan kesan pada janin".. Dalam artikel tu ada sebut pasal jangkitan bakteria dan protozoa.. salah satu bakteria tu ialah Group B Streptococus (GBS).. Kenapa aku berminat dengan this artikel? Sila la baca my previous entry..

Tanda dan gejala pada ibu:

* tiada tanda atau tiada rasa apa-apa

* jangkitan pada saluran kencing

* radang pada kantung janin (Chorioamnionitis)

* manyebabkan jangkitan pada ruang rahim selepas melahirkan bayi
(Endomyometritis)

Kesan pada janin/neonatal

* Impak awal - jangkitan pada tahap awal (24 jam pertama selepas lahir hingga 7 hari). Ia melibatkan radang paru-paru, septisemia (jangkitan melalui darah ke seluruh badan bayi (neonatal sepsis) termasuk masuk organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang).

* Impak akan datang - Jangkitan jenis kedua (selepas seminggu hingga 3 bulan). Melibatkan septisemia dan meningitis. Atau kesan sampingan seperti kecederaan pengelihatan, pendengaran, percakapan, kecacatan perkembangan otak.

Nota:

  1. pemeriksaan vagina swab ialah pemeriksaan di dalam faraj (ambil sedikit cecair dari bahagian dalam faraj) yang akan diuji untuk mengesan kehadiran kuman khususnya GBS

  2. ujian pengesanan AGBS dilakukan pada minggu ke 33 hingga ke 37 kehamilan dan antibiotik tidak perlu diberikan dengan segera kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan

  3. kemungkinan mendapat jangkitan GBS lebih tinggi jika ibu itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban pecah dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, GBS dikesan dalam faraj terutama pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS selepas bersalin

  4. pemberian antibiotik lazimnya pada peringkat awal sakit hendak bersalin. Antibiotik akan diberi melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi 4 jam sebelum bayi dilahirkan

  5. 98% bayi yang ibunya dikesan mempunyai GBS adalah normal dan tidak mendapat jangkitan.

Imran and his trantrums

Imran ada satu perangai yang paling aku tak gemar.. tantrum.. aduhai.. susah sangat aku nak pujuk kalau mende tu dah datang..

Petang tadi masa aku ambik dia dari nursery.. dia ok lagi.. tapi ntah apa kena kot.. (maybe sebab aku tak terlayan dia cakap masa aku drive) dia jadik marah kat aku.. menjerit-jerit dalam kereta.. kalau aku belok.. dia marah.. aku slow dia menjerit.. aduh.. teruji kesabaran aku.. dipendekkan story, sampai kat rumah.. dia buat tak nak turun dari kereta pulak.. pastu menjerit-jerit dalam kereta.. ada la dekat setengah jam aku dok pujuk dia pakai selipar dan keluar dari kereta.. jiran-jiran yang lalu pun tengok aku semacam jer.. macam la aku ni dera anak..

Macam-macam trick aku buat nak pujuk dia.. pujuk cara baik.. cara lawak.. cara serious.. dan last sekali cara marah la (tu dah tak tertanggung marah dah la tu).. ya Allah.. memang teruji kesabaran aku dengan perangai imran.. dah la dengan penatnya balik kerja lagi..

Imran.. Imran.. ibu sayang imran.. tapi Imran jangan la buat ibu marah.. please, sayang..

Pilih baju

Imran sekarang dah pandai nak pilih sendiri baju yang nak dipakainya. Yang susahnya bila nak ke sekolah (read: nursery), dia tak nak pakai baju sekolahnya tu.. penat la memujuk tapi resultnya sama jugak.. he will get what he wants. (aku takut lambat punch in sebenarnya..)

Pilihan pakaian imran:
  • jeans
  • khakis
  • t-shirt teropong (which dah kecik dengan dia)
  • t-shirt abc (ntah kat mana tulis 'abc' kat t-shirt ni ntah)
  • baju spiderman (his all time fav)

Jeans/khakis pulak TAK BOLEH yang pendek.. alasannya - nampak kaki.. bila aku tanya kenapa tak nak pakai seluar pendek.. the answer is "nanti senang kena pukul kat kaki".. hemmph?? Sapa pulak pukul dia ni?

Moral of the story, dah besar anak aku.. eheheh...

Thursday, May 17, 2007

Budak kecik boring

Entah pesal harini Imran tidur awal.. tinggallah si adik kebosanan.. dek kerana itu, dia asyik nak mengejutkan abangnya.. penat aku nak menerpa kat dia sebelum dia menerkam si abang.. tak sudah-sudah aku tegur dia.. "Izzat.. jangan kacau abang.." :)

Izzat dok meleseh kat aku pulak ni.. aku buat tak tahu je.. agaknya dia pun give up and sambil menyanyi (hanya dia yang tahu liriknya), dia ambil buku dan belek-belek.. comel sungguh!!

Bila aku tenung Izzat, sejuk hati aku.. dia yang masa aku lahirkan kena tahan di NICU Hospital Selayang selama 8 hari.. ada jangkitan bakteria GBS dalam darah.. dan kuning yang quite teruk.. aku kena banyakkan bersabar dan bertawakal dengan kesihatan dia.. betapa setiap hari aku menangis tengok dia kena cucuk.. diberi antibiotik.. tidur bawah lampu.. dan setiap malam aku tak dapat lelapkan mata sebab dia menangis kesejukkan dek kerana tak boleh dipakaikan baju pun supaya kuning dia berkurangan.. betapa aku berdoa agar setiap titik susu aku yang dia minum Allah jadikan penawar untuk segala penyakit dia.. dan sampai sekarang hingga hari ini, dia masih menyusu aku..

AlhamdulIllah.. sekarang dia dah membesar dengan sihat depan mata aku.. jadi anak yang cerdik dan senang dijaga.. syukur kepadaMu Tuhan..

Muntah! yukkss..

Dah jadi rutin harian aku untuk ke nursery jengok anak².. Untuk budak² 2 - 4 tahun macam Imran, waktu rehat aku, diorang ditidurkan.. (aku pun tak pasti samada memang dia tidur ke tak..) Baby sebaya Izzat pulak, dibiarkan main sebab kebanyakan ibu akan datang untuk main dengan baby masing²..

Jumaat lepas aku ke rumah kawan yang baru 3 minggu bersalin.. Waktu rehat hari Jumaat panjang and aku rasa tak sampai hati nak tinggalkan Izzat di nursery.. So, aku bawak dia sekali.. dalam perjalanan tu, dia termuntah dalam kereta!! Habis semua bubur nasi yang dia makan tu dikeluarkan.. Agaknya sebab cuaca panas dan trafic sesak kot.. aku asyik terberhenti² je..

So, habis lah kereta aku.. berbau muntah satu kereta.. Mujur jugak collegue aku ikut sekali.. dia la yang terpaksa bukakkan baju Izzat dan lap muntah tu.. aduhai.. TQ.. TQ.. Dipendekkan cerita, terpaksa lah izzat mandi di rumah kawan aku tu dan pinjam baju anak dia.. Kat sana dia ok jer.. takde plak menunjukkan tanda tak sihat.. AlhamdulIlah.

Bau muntah tu ada la dekat seminggu tak hilang lagi.. car seat izzat pun terpaksa aku basuh..

Dilema ibu: tak bawak kesian.. bawak.. lain pulak ceritanya..

Wednesday, May 16, 2007

Kenapa?

Seingat aku memang aku dulu seorang yang banyak bertanya.. kenapa burung tu terbang, kenapa kereta tu berenti tepi jalan.. kenapa itu dan kenapa ini..

Aku ada terbaca dalam buku on parenting yang at one stage, the kids akan banyak bertanya.. it is their learning process.. memang aku dah tahu fakta tu and i'm expecting Imran to ask me questions..

Huh! aku under estimate Imran rupanya.. soalan yang dia tanya.. selalunya aku sendiri pun tak terpikir jawapannya.. aduh anak.. But i've tried to answer all his questions walaupun kekadang tu aku keep on pusing the jawapan.. for the sake of menjawab soalan dia.. heheh..

(Senario masa aku tengok cerita Jewel in the Palace haritu)

+ ibu, kenapa kakak tu kena pukul dengan ibu dia, ibu?
- sebab kakak tu pegi tangkap ikan..
+ kenapa dia tangkap ikan, ibu?
- sebab dia nak main dengan kawan dia
+ kenapa dia main dengan kawan dia, ibu?
- sebab dia rasa seronok nak main dengan kawan dia
+ kenapa dia seronok, ibu?
- .... (aku dah lost track dah..)

The boys

Well, i'm a mother of 2 boys.. yang sulung, Imran.. bulan April haritu celebrate his 3rd birthday. adiknya, Izzat dah berumur 1 tahun 3 bulan.. Being the mother to the boys is the most enjoyable experience dalam hidup aku.. sejak dari diorang lahir, sampai sekarang memang ada saja pekara baru yang mengajar aku bahawa Allah itu Maha Berkuasa.. Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. (not that i don't know the fact!).

And they always remind me about my own arwah mak.. her love, sacrifices, happiness, tears etc.. Betapa besarnya jasa emak membesarkan aku sampai aku berjaya menjadi seorang wanita..

Now that aku sendiri dah jadi seorang ibu, i shall do my very best membesarkan dan membimbing anak² aku untuk menjadi anak dan hambaNya yang soleh, taat dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.. insyaAllah..

Dedicated to them

Blog ni aku wujudkan untuk anak² aku..

Anak adalah amanat
tanggungjawab yang paling berat
tapi paling membahagiakan..

Anak adalah segalanya
siapalah ibu
tanpa anaknya..

First Edition

My first posting into the new blog..