Thursday, May 21, 2009

Susahnya nak tidur..

Aku pada kebiasaannya train anak² aku tidur selewat-lewatnya jam 10pm.. cuma pada keadaan luar kebiasaan je yang terbabas ke jam 11pm.. sekali sekala boleh la..

Pada aku, imran takde masalah timing macam ni.. agaknya memang mata dia pun dah ter'set' tidur jam 10pm.. as for izzat, susah nak tidur betul anak sorang ni.. selagi dia tak betul² mengantuk, jangan harap dia nak tidur.. to make thing worse, dia akan kacau pulak si abang yang dah lali tu.. silap haribulan.. dengar la budak menangis tengah² malam buta.. haru..

Husna, as usual nak kena ada bau ketiak ibu dia, baru leh lelap.. heheh.. bukan husna je pun sama la tiga-tiga budak ni masa umur macam ni..

Wednesday, May 20, 2009

Persediaan pindah sekolah

Next week aku start keje kat tempat baru.. the next weeknya imran aku akan bawak tukar sekolah baru.. apa persediaan aku kena buat ek?
  • beli baju sekolah baru - ni aku dah beli
  • belikan mandian dia - ni belum lagi beli
  • tilam - ni dah ada.. nanti aku bawak la..
  • apa lagi ek? tak kan ni je??

Monday, May 18, 2009

Husna dan perangai kiutnya

Husna sekarang ni dah tunjuk progress lain.. dia dah pandai mengikut arahan dan berfikir nak buat sesuatu..

Semalam masa aku nak basuh b*!@k dia, dia dengan selambanya ambilkan tuala dia.. pastu dia datang kat aku dan tarik tangan aku ke tandas.. suruh aku basuhkan dia.. terkejut aku tengok apa yang dia buat tu.. pada aku pada tahap umur cam dia takde la lagi nak buat benda camtu..

Alhamdulillah.. anak aku membesar dengan bijak.. kiut la..

Friday, May 08, 2009

Tempat baru

Aku akan pindah tak lama lagi sebab akan transfer.. hal paling aku runsing sampai tak lelap tidur, mana nak letak budak² ni.. sepanjang aku berulang-alik KL-Putrajaya, aku amik peluang untuk survey taska/tadika dan yang sewaktu dengannya.. around Putrajaya & Desa Pinggiran Putra..

Aku nak yang terbaik untuk anak² aku.. ada taska yang aku survey tu just day care tanpa aktiviti macam play school.. ada yang hanya tadika je half day... kena pulak carik tempat untuk transit petang.. transport lagi.. aduh.. pusing kepala aku..

Bukan hanya tu.. kena tengok combination pulak.. imran dah masuk tadika which kebanyakannya hanya half day.. izzat dengan husna consider taska/day care.. transport imran lagi pergi balik tadika.. kos semua tu.. especially untuk first month.. aduh.. mau makan ribuan.. (of course duit bukan masalah utama tapi perlu diambil kira kan?)

So, dengan tawakal kepada Allah, hari ni aku buat another round kat Precint 15.. and alhamdulillah.. satu tadika yang ada package one whole day.. with islamic activities.. kat Children Islamic Centre.. another option untuk Imran.. so far the best..

As for Izzat dengan Husna, aku ke Precint 14.. salah satu cawangan taska yang aku hantar diorang sekarang ada kat situ.. and alhamdulillah.. they already inform this new taska pasal cadangan aku nak transfer ke sana.. so if hantar those 2 ke sana, aku tak payah lagi nak bayar buku and uniform for izzat.. syukur..

Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.. alhamdulillah.. segala pujian kepadaMu..