Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Telinga bernanah

Anak-anak aku ni sebelum umur mencecah 2 tahun memang ada satu 'penyakit'.. telinga akan seperti bernanah.. sekarang ni husna tengah ada benda tu.. dah masuk 2nd week ni.. tapi dah makin kurang dan kering la.. cuma aku nampak macam ada darah kat telinga kanan dia dan aku ajak hubby ke klinik check telinga husna..

kata doktor yang check tu, telinga dia still nampak ada nanah.. and macam ada luka kat kulit dalam telinga dia.. so, dia bagi lagi ubat titik telinga untuk husna.. takut jugak kot ada kesan kat gegendang husna.. nauzubillah..

Ada some info pasal telinga bernanah dari MOH.. untuk rujukan bersama..

Thursday, October 16, 2008

Updates on Husna

Masuk hari ni dah lebih 10 hari husna sakit mata.. mata putih dia takde la merah sangat lagi and bengkak pun dah makin surut.. cuma aku perasan yang mata kanan dia pulak dah semacam je.. aku ajak hubby ke klinik yang mula² checkup husna haritu.. terus dr tu refer kat specialist mata.. tadi jugak aku ajak hubby ke sana..

Specialist tu cakap mata husna still ada infection lagi and suruh continue ubat yang first tu.. cuma dia tambah satu lagi ubat.. agaknya antibiotik kot.. kot la.. aku bukan tau bab ubat pun... heheh..

info pasal sakit mata kat sini..

Thursday, September 18, 2008

Pesanan doktor

Tadi ke klinik doktor ada pesan:
  • sakit mata berjangkit secara sentuhan so, elakkan bersentuh dengan pesakit selalu
  • selalu basuh tangan especially lepas pegang pesakit
Pesan pengasuh:
  • elakkan bagi pesakit makan benda gatal
So, kena la elakkan imran dengan husna bersentuh dengan izzat which memang mustahil la.. and kena selalu ingatkan imran basuh tangan dia.. actually kalau terjangkit dekat adults lagi teruk.. ahh sudahh.. harapnya aku atau ayah tak terjangkitla..

Tuesday, May 22, 2007

Monthly checkup

Aku baru balik dari bawak Izzat ke Klinik untuk monthly checkup dia.. alhamdulilLah.. semua berjalan lancar.. next visit which is next 3 months izzat akan kena cucuk imunisasi lagi.. (last injection untuk dia..)

Info untuk imunisasi kanak² ummu amik daripada infosihat.gov.my. Tanggungjawab kita sebagai parents adalah memastikan anak kita mengikuti semua program imunisasi ni.. insyaAllah.. sihat la anak kita..

Friday, May 18, 2007

Group B streptococus

Aku come across satu artikel dalam majalah Pa&Ma keluaran Mei 2oo7 pasal "Jangkitan ketika hamil dan kesan pada janin".. Dalam artikel tu ada sebut pasal jangkitan bakteria dan protozoa.. salah satu bakteria tu ialah Group B Streptococus (GBS).. Kenapa aku berminat dengan this artikel? Sila la baca my previous entry..

Tanda dan gejala pada ibu:

* tiada tanda atau tiada rasa apa-apa

* jangkitan pada saluran kencing

* radang pada kantung janin (Chorioamnionitis)

* manyebabkan jangkitan pada ruang rahim selepas melahirkan bayi
(Endomyometritis)

Kesan pada janin/neonatal

* Impak awal - jangkitan pada tahap awal (24 jam pertama selepas lahir hingga 7 hari). Ia melibatkan radang paru-paru, septisemia (jangkitan melalui darah ke seluruh badan bayi (neonatal sepsis) termasuk masuk organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang).

* Impak akan datang - Jangkitan jenis kedua (selepas seminggu hingga 3 bulan). Melibatkan septisemia dan meningitis. Atau kesan sampingan seperti kecederaan pengelihatan, pendengaran, percakapan, kecacatan perkembangan otak.

Nota:

  1. pemeriksaan vagina swab ialah pemeriksaan di dalam faraj (ambil sedikit cecair dari bahagian dalam faraj) yang akan diuji untuk mengesan kehadiran kuman khususnya GBS

  2. ujian pengesanan AGBS dilakukan pada minggu ke 33 hingga ke 37 kehamilan dan antibiotik tidak perlu diberikan dengan segera kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan

  3. kemungkinan mendapat jangkitan GBS lebih tinggi jika ibu itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban pecah dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, GBS dikesan dalam faraj terutama pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS selepas bersalin

  4. pemberian antibiotik lazimnya pada peringkat awal sakit hendak bersalin. Antibiotik akan diberi melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi 4 jam sebelum bayi dilahirkan

  5. 98% bayi yang ibunya dikesan mempunyai GBS adalah normal dan tidak mendapat jangkitan.