Friday, May 18, 2007

Group B streptococus

Aku come across satu artikel dalam majalah Pa&Ma keluaran Mei 2oo7 pasal "Jangkitan ketika hamil dan kesan pada janin".. Dalam artikel tu ada sebut pasal jangkitan bakteria dan protozoa.. salah satu bakteria tu ialah Group B Streptococus (GBS).. Kenapa aku berminat dengan this artikel? Sila la baca my previous entry..

Tanda dan gejala pada ibu:

* tiada tanda atau tiada rasa apa-apa

* jangkitan pada saluran kencing

* radang pada kantung janin (Chorioamnionitis)

* manyebabkan jangkitan pada ruang rahim selepas melahirkan bayi
(Endomyometritis)

Kesan pada janin/neonatal

* Impak awal - jangkitan pada tahap awal (24 jam pertama selepas lahir hingga 7 hari). Ia melibatkan radang paru-paru, septisemia (jangkitan melalui darah ke seluruh badan bayi (neonatal sepsis) termasuk masuk organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang).

* Impak akan datang - Jangkitan jenis kedua (selepas seminggu hingga 3 bulan). Melibatkan septisemia dan meningitis. Atau kesan sampingan seperti kecederaan pengelihatan, pendengaran, percakapan, kecacatan perkembangan otak.

Nota:

  1. pemeriksaan vagina swab ialah pemeriksaan di dalam faraj (ambil sedikit cecair dari bahagian dalam faraj) yang akan diuji untuk mengesan kehadiran kuman khususnya GBS

  2. ujian pengesanan AGBS dilakukan pada minggu ke 33 hingga ke 37 kehamilan dan antibiotik tidak perlu diberikan dengan segera kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan

  3. kemungkinan mendapat jangkitan GBS lebih tinggi jika ibu itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban pecah dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, GBS dikesan dalam faraj terutama pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS selepas bersalin

  4. pemberian antibiotik lazimnya pada peringkat awal sakit hendak bersalin. Antibiotik akan diberi melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi 4 jam sebelum bayi dilahirkan

  5. 98% bayi yang ibunya dikesan mempunyai GBS adalah normal dan tidak mendapat jangkitan.