Friday, August 14, 2009

Sifat Allah

On the way hantar the kids ke destinasi masing-masing, Imran suddenly tanya aku.. Allah ada kat mana? Terkedu jugak memula aku dengan soalan tu.. apa nak jawab dalam masa singkat?

So aku kenalkan dia dengan 3 sifat Allah.. Maha Kuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.. giving simple contoh hoping imran dapat digest konsep tu.. and i promised to myself, aku akan kenalkan dia dengan other sifat sampai dia faham.. InsyaAllah..

Thursday, July 16, 2009

Konsep Syukur

Sebelah taska Izzat dan Husna ada satu PDK (Pusat Didikan Komuniti if i'm not mistaken..) every monday, wednesday and thursday akan ada budak-budak down-sindrom or special kids datang kat situ.. at first, imran dok tanya aku pasal diorang.. kenapa muka macam sama dan macam-macam lagi la..

Aku explain la kat dia.. apa itu down-sindrom.. kenapa they all ni special.. kenapa kena buat baik kat diorang.. aku selitkan konsep syukur kepada Allah.. dengan solat.. syukur dengan semua pemberian nikmat yang dia ada.. hopefully imran faham..

Friday, June 19, 2009

'Hadiah'

Aku selalu kena sogokkan 'hadiah' untuk imran dan izzat behave pagi-pagi sebelum ke 'sekolah'.. hari ni diorang mintak nak makan aiskrim.. since aku nak cepat ke office, aku iyakan je la.. semalam, aku belikan twisties sorang satu.. a day before that, fruities sweets, 2 each..

Yang tak best nya.. aku ni macam mengajar diorang ni rahsuah pulak.. ye ke? nauzubillah.. harapnya tak la sampai macam tu kan?

Thursday, June 18, 2009

Telinga bernanah

Anak-anak aku ni sebelum umur mencecah 2 tahun memang ada satu 'penyakit'.. telinga akan seperti bernanah.. sekarang ni husna tengah ada benda tu.. dah masuk 2nd week ni.. tapi dah makin kurang dan kering la.. cuma aku nampak macam ada darah kat telinga kanan dia dan aku ajak hubby ke klinik check telinga husna..

kata doktor yang check tu, telinga dia still nampak ada nanah.. and macam ada luka kat kulit dalam telinga dia.. so, dia bagi lagi ubat titik telinga untuk husna.. takut jugak kot ada kesan kat gegendang husna.. nauzubillah..

Ada some info pasal telinga bernanah dari MOH.. untuk rujukan bersama..

Wednesday, June 17, 2009

Ibu yang runsing

Pagi semalam, izzat tiba-tiba je kata tak nak pakai baju sekolah.. tiba-tiba je tak nak keluar dari rumah dan terus berdiri depan pintu.. tiba-tiba je kata "ibu, izzat nak duduk rumah" .. kenapa ye?

Lepas hantarkan izzat dan husna ke nursery, aku hantar pulak imran ke tadika dia.. aku naik opis untuk bayar tuition fees.. tiba-tiba je imran buat muka sedih.. tiba-tiba je imran meleleh air mata.. kenapa ye?

persoalan yang aku runsing up until now.. kenapa ye?

Thursday, June 11, 2009

Pagar untuk Husna

Since rumah ni ada tangga, the most feared thing is.. husna jatuh tangga la of course.. so, kitorang berusaha beli 'pagar bayi' letak kat tangga.. actually tak la kukuh bebenor.. tapi, ok la untuk tahan husna dari naik tangga tu.. husna tertipu..

Wednesday, June 10, 2009

Bilik sendiri

Semenjak pindah rumah sendiri ni, aku try train imran and izzat untuk tidur di bilik sendiri.. memang selama ni they all dah duduk di bilik sendiri masa kat kuaters dulu tapi kekadang diorang masih mencari 'ibu' jugak.. especially izzat.. kekadang tengah-tengah malam dia datang carik aku..

kat rumah ni, aku sediakan katil single sorang satu.. ada night lamp sekali.. malam pertama tu aku teman tidur kat situ sekali dengan husna.. next night, aku stay until diorang fall asleep.. third day, dah ok.. and so far, izzat takde la bangun malam carik aku lagi.. lena je dia tidur.. ok la tu kan..

husna, masih tidur dengan aku lagi.. well, tak dapat den nak nolong..

Saturday, June 06, 2009

Books for the kids


New books for imran, izzat and husna

Gambar atas beli di booth ummiku sayang..

Bacalah Sayang books untuk imran baca.. ada 8 buku, and as of today, imran finished 2 of them.. aku kena selalu train dia untuk baca.. yoshh!!

Friday, June 05, 2009

Tocang husna



Rambut jarang-jarang..
warna nak perang-perang..
panjang hanya kat belakang..
tepi masih kurang..
itu la husna..

Wednesday, June 03, 2009

Imran's new school

Starting Monday haritu Imran dah mula sekolah di putrajaya.. aku enroll dia kat Children Islamic Center (CIC).. masuk harini dah 4 hari dia kat sana.. so far dia ok je.. Yesterday morning aku promise imran breakfast sesama dia.. so, kitorang menebeng kat mamak sebelah sekolah dia tu.. heheh.. pekena roti canai..
Aku hantar dia kat CIC sebab silibus sekolah pada aku ok la.. and yang paling buat aku tertarik hantar kat situ, imran diajar solat waktu petang.. mengaji pun ada.. benda yang aku nak buat tapi still tak terbuat..

Thursday, May 21, 2009

Susahnya nak tidur..

Aku pada kebiasaannya train anak² aku tidur selewat-lewatnya jam 10pm.. cuma pada keadaan luar kebiasaan je yang terbabas ke jam 11pm.. sekali sekala boleh la..

Pada aku, imran takde masalah timing macam ni.. agaknya memang mata dia pun dah ter'set' tidur jam 10pm.. as for izzat, susah nak tidur betul anak sorang ni.. selagi dia tak betul² mengantuk, jangan harap dia nak tidur.. to make thing worse, dia akan kacau pulak si abang yang dah lali tu.. silap haribulan.. dengar la budak menangis tengah² malam buta.. haru..

Husna, as usual nak kena ada bau ketiak ibu dia, baru leh lelap.. heheh.. bukan husna je pun sama la tiga-tiga budak ni masa umur macam ni..

Wednesday, May 20, 2009

Persediaan pindah sekolah

Next week aku start keje kat tempat baru.. the next weeknya imran aku akan bawak tukar sekolah baru.. apa persediaan aku kena buat ek?
  • beli baju sekolah baru - ni aku dah beli
  • belikan mandian dia - ni belum lagi beli
  • tilam - ni dah ada.. nanti aku bawak la..
  • apa lagi ek? tak kan ni je??

Monday, May 18, 2009

Husna dan perangai kiutnya

Husna sekarang ni dah tunjuk progress lain.. dia dah pandai mengikut arahan dan berfikir nak buat sesuatu..

Semalam masa aku nak basuh b*!@k dia, dia dengan selambanya ambilkan tuala dia.. pastu dia datang kat aku dan tarik tangan aku ke tandas.. suruh aku basuhkan dia.. terkejut aku tengok apa yang dia buat tu.. pada aku pada tahap umur cam dia takde la lagi nak buat benda camtu..

Alhamdulillah.. anak aku membesar dengan bijak.. kiut la..

Friday, May 08, 2009

Tempat baru

Aku akan pindah tak lama lagi sebab akan transfer.. hal paling aku runsing sampai tak lelap tidur, mana nak letak budak² ni.. sepanjang aku berulang-alik KL-Putrajaya, aku amik peluang untuk survey taska/tadika dan yang sewaktu dengannya.. around Putrajaya & Desa Pinggiran Putra..

Aku nak yang terbaik untuk anak² aku.. ada taska yang aku survey tu just day care tanpa aktiviti macam play school.. ada yang hanya tadika je half day... kena pulak carik tempat untuk transit petang.. transport lagi.. aduh.. pusing kepala aku..

Bukan hanya tu.. kena tengok combination pulak.. imran dah masuk tadika which kebanyakannya hanya half day.. izzat dengan husna consider taska/day care.. transport imran lagi pergi balik tadika.. kos semua tu.. especially untuk first month.. aduh.. mau makan ribuan.. (of course duit bukan masalah utama tapi perlu diambil kira kan?)

So, dengan tawakal kepada Allah, hari ni aku buat another round kat Precint 15.. and alhamdulillah.. satu tadika yang ada package one whole day.. with islamic activities.. kat Children Islamic Centre.. another option untuk Imran.. so far the best..

As for Izzat dengan Husna, aku ke Precint 14.. salah satu cawangan taska yang aku hantar diorang sekarang ada kat situ.. and alhamdulillah.. they already inform this new taska pasal cadangan aku nak transfer ke sana.. so if hantar those 2 ke sana, aku tak payah lagi nak bayar buku and uniform for izzat.. syukur..

Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.. alhamdulillah.. segala pujian kepadaMu..