Saturday, May 19, 2007

Tak ngaku kalah

Huh.. akhirnya the boys tidur jugak.. lega gitu.. ligatnya diorang main.. sampaikan aku yang tukang tengok pun penat.. biasala diorang bila dapat main dengan si ayah.. tak ingat penat dah.. everytime aku suruh tidur, si imran takkan nak dengar punya.. walau pun aku tengok mata dia dah layu.. mengantuk.. si izzat pulak, selagi dia larat join abangnya, dia pun tak nak ngaku kalah..

Tapi, mata izzat tak lah sedegil mata imran.. dia kalau dah tak tahan, tetap akan datang carik aku.. sambil nangis manja.. pastu dia cakap.. "nak.. nak..".. tahu dah la tu.. dia nak apa.. menyonyot sampai tertidur..

Imran plak, bila adiknya dah tidur dia terpaksa lah minta dia diam.. eheheh.. so, dia akan boring dan selalunya akan mintak aku buatkan susu.. dan akan tertidur jugak.. tapi malam ni dia tertidur tanpa sempat mintak susu dek kerana terlalu penat..

Aku pun sat gi nak habiskan kerja sikit kat dapur.. solat Isyak dan menyusul anak-anak aku ni jugak.. Selamat malam......

No comments: