Thursday, May 17, 2007

Muntah! yukkss..

Dah jadi rutin harian aku untuk ke nursery jengok anak².. Untuk budak² 2 - 4 tahun macam Imran, waktu rehat aku, diorang ditidurkan.. (aku pun tak pasti samada memang dia tidur ke tak..) Baby sebaya Izzat pulak, dibiarkan main sebab kebanyakan ibu akan datang untuk main dengan baby masing²..

Jumaat lepas aku ke rumah kawan yang baru 3 minggu bersalin.. Waktu rehat hari Jumaat panjang and aku rasa tak sampai hati nak tinggalkan Izzat di nursery.. So, aku bawak dia sekali.. dalam perjalanan tu, dia termuntah dalam kereta!! Habis semua bubur nasi yang dia makan tu dikeluarkan.. Agaknya sebab cuaca panas dan trafic sesak kot.. aku asyik terberhenti² je..

So, habis lah kereta aku.. berbau muntah satu kereta.. Mujur jugak collegue aku ikut sekali.. dia la yang terpaksa bukakkan baju Izzat dan lap muntah tu.. aduhai.. TQ.. TQ.. Dipendekkan cerita, terpaksa lah izzat mandi di rumah kawan aku tu dan pinjam baju anak dia.. Kat sana dia ok jer.. takde plak menunjukkan tanda tak sihat.. AlhamdulIlah.

Bau muntah tu ada la dekat seminggu tak hilang lagi.. car seat izzat pun terpaksa aku basuh..

Dilema ibu: tak bawak kesian.. bawak.. lain pulak ceritanya..

No comments: