Thursday, October 18, 2007

Raya experience 1

Cuti raya tahun ni balik sebelah kampung aku dulu.. kami bertolak dari KL dalam pukul 6.oo pm lepas aku habih kerja.. hubby datang amik aku dengan budak² tu kat nursery.. tengah hari tu aku dah siap masakkan lauk untuk berbuka.. so, hubby cuma panaskan mana yang patut dan pack makanan tu untuk berbuka kat mana² hentian nanti.. aku pesan dia buatkan air milo panas sekali.. dalam perjalanan tu.. takde la banyak kereta lagi.. mungkin masih awal orang bandar nak balik kampung.. so, releks la sikit.. imran & izzat pun lepas waktu berbuka kat Hentian Sebelah Tanjung Malim dah tidur.. lagipun journey malam.. bukannya diorang nampak apa pun.. Kami sampai kat kampung aku dalam pukul 11.00 camtu.. budak² tu mulanya macam dah segar.. dah tak mahu tidur la pulak.. tapi.. dipaksa jugak tidur balik..

Hari pertama kat rumah tok wan, izzat dah dapat 'habuan' dek kerana rajin memanjat tangga rumah tok wan dia.. dah benjol.. ehehhe.. jawabnya hijau la dahi anak ibu ni masa raya nanti.. si imran pulak.. lambat sikit nak warm up.. asyik malu lagi dengan mak tok & tok wan dia.. si izzat takde nak malu lagi dah.. pandai je dia ke dapur minta biskut raya.. lepas satu, satu dia cuba.. heheheh.. hantu biskut rupanya dia..

Petang tu kitorang ke rumah hubby pulak.. kat sana sepupu imran-izzat lebih kurang je umur diorang (3 orang anak kakak hubby).... sorang tua setahun, sorang lagi sebaya imran, yang kecik sebaya izzat.. apa lagi.. main tak ingat dunia la imran.. masa nak balik rumah aku.. punya la susah nak ajak imran tu.. dah seronok main.. aduss..

No comments: