Wednesday, August 27, 2008

Peminat Imran

Imran dah ada peminat? heheh.. tadi kat nursery, mak budak pompuan sorang ni cerita kat aku yang anak dia suka benar dengan imran.. setiap pagi mesti tanya mana imran.. kalau nak tidur nak sebelah imran (of course tak leh sebab tempat tidur asing²).. kalu nak ke toilet pun nak imran yang temankan..

amboi anak teruna aku ni.. kecik² lagi dah ada yang bekenan.. sok besar cemana la agaknya..

Sunday, August 24, 2008

Demam nak merangkak?

Husna demam hari Khamis lepas.. terpaksa la aku cuti.. actually bukannya tak leh kalau aku tinggalkan husna kat nursery.. just aku maleh nak dengar komen yang husna ni suka nangis.. memang la dia akan menangis kalau tak sihat kan?? takpe la.. aku cuti supaya husna boleh sembuh cepat.. jumaat dah masuk kerja balik.. heheh.. buang masa je kan? kalau sambung cuti pun bagus.. apa nak buat, pekerja berdedikasi.. hahahah..

Yesterday (Saturday 23/8/08) husna dah angkat punggung dia macam nak merangkak tu herself.. wah! dia dah nak start merangkak.. dua tiga hari lagi boleh la ni..

Aku selalu dengar orang tua² dulu kata baby demam selalunya nak dapat benda baru macam merangkak.. berjalan.. ect. Bila anak dah 3 ni, aku pun rasa macam apa yang orang tua kata ni ada kebenarannya.. ntahla secara saintifiknya betul ke tak.. tapi secara experiencenya macam betul.. cuma kena aware jugak kot memang dia demam sebab lain..

Wednesday, August 13, 2008

Mat Smart?


Imran sekarang dah pandai mendandan diri.. pagi² lepas mandi dia akan pilih baju nak dipakai.. pilih baju yang nak dibawa ke nursery (utk pakai petang).. sikat rambut sendiri.. pakai cologne.. kekadang dia akan sikatkan rambut izzat..

Imran is so particular bab rambut dia.. dia tak nak rambut panjang sangat.. tak nak pendek sangat.. and sangat obses dengan stail rambut pacak.. ntah mana dia tau stail rambut camtu aku pun musykil. Setiap kali lepas mandi, dia tak bagi keringkan rambut dia sebab nanti takleh pacakkan rambut.. pas pakai baju.. cecepat dia pakai baby oil kat rambut dan sikat pacakkan rambut dia..

tadi, entah cemana dia terbawak sikat masuk kereta sekali dan sikat² lagi rambut tu.. bila kau tegur.. dia cakap "takpa la ibu.. nanti rambut pacak.. baru la cantik.."

hai.. dah besar anak ibu sorang ni..

Thursday, August 07, 2008

Potong rambut

Dalam ketiga² anak aku, rambut izzat yang paling cantik pada aku. Rambut dia halus dan lembut.. masa dia baby, rambut dia tumbuh rata dan sekata.. takde 'makan bantal'..

Since rambut dia paling cantik.. aku tak la selalu potongkan rambut dia.. seingat aku, baru dua kali aku potong.. tu pun sebab dah panjang sangat pada aku.. rimas dan serabut pulak nampak.. ayah dia pun tak de la galakkan sangat aku potong.. sayang katanya.

Tadi kat sekolah nursery dia, sorang pengasuh tengah potongkan rambut kawan izzat.. aku pun mintak dia potong trim rambut izzat.. pandai pulak anak aku ni duduk diam tak bergerak masa tu.. kalau aku yang potongkan.. alamatnya berperang la dengan dia.. dekat sejam baru leh siap.. tu pun rambut macam kena gigit tikus je.. heheheh..

Imran mintak jugak nak potong rambut.. aku cakap dia kena potong kat barber dengan ayah.. actually rambut dia tak panjang lagi.. saja je nak menyibuk.. husna? rambut tak layak dipotong lagi..