Monday, October 08, 2007

Imran learns a punishment

Hari Sabtu lepas, gastrik aku datang balik.. tapi aku still dok tahan lagik.. kalau boleh tak nak la bukak.. ntah nape puasa masa third pregancy ni jadik camni.. puasa masa pregnant imran dengan izzat takde la terkena gastrik.. selamba je aku puasa sebulan.. dengan bangganya dok cakap aku tak yah ganti² puasa untuk tahun tu.. kali ni? hampeh.. so far dah 3 hari.. kecewa... takpa la.. takut mudarat diri sendiri.. kena jugak berbukak..

Sepanjang bulan puasa ni, kelas husband aku yang selalunya petang & malam Khamis diganti ke hari Sabtu.. so, since aku tak larat nak buat apa, aku biarkan la dua beradik tu bersukaria dengan menyepahkan rumah.. serabut perut aku tengok.. tapi dah tak kuasa nak larang and kemaskan semula.. tapi aku asyik pesan la kat imran.. lepas main, simpan balik.. sampai aku sendiri lost count pesan aku tu.. pendek kata memang sepanjang hari tu aku dok ungkap kata² tu je..

Sampai la nak berbuka.. aku sound lagi kat imran.. kali ni dia buat tak dengar je.. sebab ayah dia ada.. aku sampai tahap hot dah.. dah la nak menahan sakit gastrik ni.. dengan nak menahan sabar lagi.. budak ni memang nak kena ni.. still, aku sabar lagi..

Lepas solat.. aku ajak imran dengan adik dia secara diplomasi untuk simpan sesama semua mainan dia especially blocks yang dicampak² merata rumah.. budak ni buat main² plak.. kejap ambik.. letak balik.. memang nak uji kesabaran ibu dia ni.. last sekali dia cakap 'penat la nak simpan ibu..' dan gi sambung main dengan ayah dia..

Huh... aku rasa macam dah nak meletup ni.. aku warning imran 'kalau ibu yang simpan, ibu akan simpan terus.. ibu kunci bilik tempat simpan mainan tu.. imran tak leh main sampai imran janji nak simpan balik lepas main..' dia buat derkk weh.. ok.. aku pun simpan semua.. termasuk buku² yang disepahkan.. kutip semua blocks.. kereta mainan.. semua la.. sambil menekan perut yang makin sakit.. tensen.. tensen.. aku masukkan dalam bilik mainan dan kunci bilik tu..

Malam tu sikit.. imran nak bukak bilik tu.. of course takleh kan? dia dengan muka innocentnya mintak aku bukak kan bilik tu.. aku dengan selambanya cakap 'takleh sebab tadi imran tak simpan mainan sumer..' meraung dia.. siap kata naper ibu tak bagi imran simpan... aku explain lagi.. aku cakap untuk semalam ni dia tak leh main sebab kesalahan dia tak simpan semula mainan dia.. kalau nak main, kena tunggu esok.. tapi kena janji simpan.. kalu tak janji aku tak nak bukak bilik tu..

Ada la sejam lebih dia meraung mintak aku bukak kan bilik tu.. siap janji nak simpan lagik.. aku still dengan kata-kata aku.. aku cakap ni hukuman kat dia sebab taknak simpan mainan tadi.. makin kuat raungan dia.. kesian jugak kat dia.. tapi aku kena bertegas.. nanti dia ingat aku tak serious dengan hukuman aku plak.. so, biar la dia meraung sampai dia diam sendiri.. biasa la.. minta buatkan susu.. dan tidur..

Semalam, bila dia mintak nak main, aku mintak dia janji dulu.. akan simpan semua mainan yang dia keluarkan tu.. sheepishly dia ngaku.. and said.. 'kalau tak nanti ibu kunci bilik mainan lagi'..

Tau takpe..

1 comment:

Anonymous said...

Has..dah le aku tgh merana kena Shingles kat kepala,mata dan dahi ni urat2 saraf sakit sebab gelak baca blog ko