Showing posts with label husna. Show all posts
Showing posts with label husna. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Telinga bernanah

Anak-anak aku ni sebelum umur mencecah 2 tahun memang ada satu 'penyakit'.. telinga akan seperti bernanah.. sekarang ni husna tengah ada benda tu.. dah masuk 2nd week ni.. tapi dah makin kurang dan kering la.. cuma aku nampak macam ada darah kat telinga kanan dia dan aku ajak hubby ke klinik check telinga husna..

kata doktor yang check tu, telinga dia still nampak ada nanah.. and macam ada luka kat kulit dalam telinga dia.. so, dia bagi lagi ubat titik telinga untuk husna.. takut jugak kot ada kesan kat gegendang husna.. nauzubillah..

Ada some info pasal telinga bernanah dari MOH.. untuk rujukan bersama..

Thursday, June 11, 2009

Pagar untuk Husna

Since rumah ni ada tangga, the most feared thing is.. husna jatuh tangga la of course.. so, kitorang berusaha beli 'pagar bayi' letak kat tangga.. actually tak la kukuh bebenor.. tapi, ok la untuk tahan husna dari naik tangga tu.. husna tertipu..

Friday, June 05, 2009

Tocang husna



Rambut jarang-jarang..
warna nak perang-perang..
panjang hanya kat belakang..
tepi masih kurang..
itu la husna..

Monday, May 18, 2009

Husna dan perangai kiutnya

Husna sekarang ni dah tunjuk progress lain.. dia dah pandai mengikut arahan dan berfikir nak buat sesuatu..

Semalam masa aku nak basuh b*!@k dia, dia dengan selambanya ambilkan tuala dia.. pastu dia datang kat aku dan tarik tangan aku ke tandas.. suruh aku basuhkan dia.. terkejut aku tengok apa yang dia buat tu.. pada aku pada tahap umur cam dia takde la lagi nak buat benda camtu..

Alhamdulillah.. anak aku membesar dengan bijak.. kiut la..

Wednesday, December 17, 2008

Progress Husna

Husna is my precious little princess.. memang sepanjang pregnant kat dia (which aku tak tawu gender baby dalam perut).. aku selalu doa supaya dikurniakan anak pompuan pulak after the two boys.. and alhamdulillah.. Allah makbulkan doa aku..

Memang besarkan the three of them menyeronokkan.. masing² ada keistimewaan sendiri dan jugak cabaran masing².. husna cepat sikit dari abang² dia.. at the age of 9 months dia dah mula berjalan.. and tumbuh gigi.. last week hari jumaat malam (exact date is 12/12/08) dia mula berani lepaskan tangan aku dan berjalan towards ayah dia (lebih kurang 6 7 tapak) pastu mulut tak stop dok kata "taa tah.. taa tah.." sooo comel! sampaikan nak tido malam pun dok ber taa tah lagik.. hahahah..

Sekarang ni perangai dia susah nak tido malam.. kalau dah nak terlelap je, dia akan geleng²kan kepala dan bangun semula.. aduhai.. memang mencabar nak tidokan dia.. kekadang keje rumah yang aku dah plan nak buat malam tu tak menjadik sebab tertido ngan dia.. which after sejam lebih dok berhempas pulas menepuk.. membedung.. zikir.. nyanyi.. dan macam-macam teknik dah cuba.. sampai aku pun penat..

Cemana pun.. tu la asam garam nak besarkan diorang.. nanti dah besar dah takde camtu dah.. kan?

Thursday, October 16, 2008

Updates on Husna

Masuk hari ni dah lebih 10 hari husna sakit mata.. mata putih dia takde la merah sangat lagi and bengkak pun dah makin surut.. cuma aku perasan yang mata kanan dia pulak dah semacam je.. aku ajak hubby ke klinik yang mula² checkup husna haritu.. terus dr tu refer kat specialist mata.. tadi jugak aku ajak hubby ke sana..

Specialist tu cakap mata husna still ada infection lagi and suruh continue ubat yang first tu.. cuma dia tambah satu lagi ubat.. agaknya antibiotik kot.. kot la.. aku bukan tau bab ubat pun... heheh..

info pasal sakit mata kat sini..

Saturday, September 20, 2008

Campak pulak

Aku cuti semalam untuk jaga izzat yang baru je disahkan kena sakit mata.. petang semalam jugak aku nampak sebutir bijik kat kulit dia.. pulak.. macam bijik campak je.. sudahhh..

Petang tu bila ayah dia balik dari opis, dia cakap kat nursery sekarang dah 4 orang budak kena campak.. SAH! memang izzat kena campak la tu..

Malam tadi, husna demam pulak.. aku takut dia jangkit dengan izzat je.. sian dia baby lagi.. tapi setakat sekarang ni tak wujud lagi la sebarang bintik kat badan dia.. imran aku tak rasa dia akan terjangkit (harapnya la) sebab dia pernah kena dah dulu.. bintik kat badan izzat dah banyak dah.. sampai kaki pun..

Harap sempat la baik sebelum raya ni.. kalau tak.. ayah kata "kita raya sini dulu la jawabnya.." TIDAKKKKK!!!

Thursday, September 04, 2008

Belajar makan

Masuk hari ni umur husna dah 6 bulan 4 hari.. aku dah cuba ajar dia makan.. satu sebab, dia memang sewajarnya diajar makan.. tambah nutrien selain dari susu aku je.. satu lagi sebab, aku risau jugak kot le masa bulan puasa ni susu aku kurang sikit.. takut dia tak kenyang..

Pagi tadi aku blend nasi dengan ayam yang aku dah rebuskan dengan tomato dan sedikit daun sup (bagi bau wangi).. aku tak campurkan perasa pun.. (memang tawar la).. dapatla satu bekas kecik untuk husna makan kat nursery..


Tadi aku turun nursery untuk suapkan husna.. aduhai.. dia punya menangis.. macam nak makan ubat! Dapat la dia makan 4 5 suap.. okey la tu.. bila aku susukan dia baru dia nak diam.. nampak sangat dia prefer susu aku dari makan.. (of course la.. duh!)

Wednesday, September 03, 2008

Yang istimewa

Semua anak² ummu ada keistimewaan masing².. imran, mata besar.. komen orang yang tengok dia "amboi.. besarnya mata dia.."

izzat bibir bawah dia ada tanda merah macam budak baru jatuh.. komen orang yang tengok dia "bibir dia tu kenapa? jatuh ke?"

husna pulak warna mata dia lain dari yang lain.. komen orang yang tengok dia "cantiknya mata dia.. macam orang putih!"

:: orang putih?? hemmph.. rasanya tak tertukar anak masa bersalin dulu!

Monday, September 01, 2008

Babyku husna

Husna dah makin lasak.. dah bergerak jauh.. dan lagi satu.. suka sangat mintak orang stay dekat dengan dia.. kalau ummu gerak ke dapur ke.. menangis la jawabnya!

Sunday, August 24, 2008

Demam nak merangkak?

Husna demam hari Khamis lepas.. terpaksa la aku cuti.. actually bukannya tak leh kalau aku tinggalkan husna kat nursery.. just aku maleh nak dengar komen yang husna ni suka nangis.. memang la dia akan menangis kalau tak sihat kan?? takpe la.. aku cuti supaya husna boleh sembuh cepat.. jumaat dah masuk kerja balik.. heheh.. buang masa je kan? kalau sambung cuti pun bagus.. apa nak buat, pekerja berdedikasi.. hahahah..

Yesterday (Saturday 23/8/08) husna dah angkat punggung dia macam nak merangkak tu herself.. wah! dia dah nak start merangkak.. dua tiga hari lagi boleh la ni..

Aku selalu dengar orang tua² dulu kata baby demam selalunya nak dapat benda baru macam merangkak.. berjalan.. ect. Bila anak dah 3 ni, aku pun rasa macam apa yang orang tua kata ni ada kebenarannya.. ntahla secara saintifiknya betul ke tak.. tapi secara experiencenya macam betul.. cuma kena aware jugak kot memang dia demam sebab lain..

Wednesday, July 30, 2008

New family member

Tanggal 1 Mac 2008, aku selamat bersalin seorang baby girl.. we named her Nurnisa Husna bermaksud Cahaya gadis Lawa/Cantik.. aku doakan semoga semuanya cantik untuk baby girl ni.. wajah yang cantik, akhlak yang cantik.. hati yang cantik.. insyaAllah..

Gambar kat atas ni selepas 15 - 30 minit dia lahir.. kembang lagi muka dia.. but, clearly it's a girl face..

1 Ogos ni Husna dah 5 bulan.. dah pandai menyulur dah.. sat je aku rasa.. masih terasa lagi sakit bersalin kat dia.. jaga dia kat hospital sebab dia jaundice.. berpantang berdua je kat KL (tak balik kampung.. sob..sob) Kat bawah ni pulak 8 hari lepas bersalin.. kami dah balik rumah.. jaundice dia still clear lagi.. kuning kan? Sian dia..

Husna memang buah hati pengarang jantung aku.. sepanjang mengandung dia, aku berdoa dapat anak pompuan pulak kali ni.. tak sangka Allah makbulkan doa aku.. alhamduliLlah..