Saturday, September 20, 2008

Campak pulak

Aku cuti semalam untuk jaga izzat yang baru je disahkan kena sakit mata.. petang semalam jugak aku nampak sebutir bijik kat kulit dia.. pulak.. macam bijik campak je.. sudahhh..

Petang tu bila ayah dia balik dari opis, dia cakap kat nursery sekarang dah 4 orang budak kena campak.. SAH! memang izzat kena campak la tu..

Malam tadi, husna demam pulak.. aku takut dia jangkit dengan izzat je.. sian dia baby lagi.. tapi setakat sekarang ni tak wujud lagi la sebarang bintik kat badan dia.. imran aku tak rasa dia akan terjangkit (harapnya la) sebab dia pernah kena dah dulu.. bintik kat badan izzat dah banyak dah.. sampai kaki pun..

Harap sempat la baik sebelum raya ni.. kalau tak.. ayah kata "kita raya sini dulu la jawabnya.." TIDAKKKKK!!!

No comments: