Showing posts with label Izzat. Show all posts
Showing posts with label Izzat. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

Susahnya nak tidur..

Aku pada kebiasaannya train anak² aku tidur selewat-lewatnya jam 10pm.. cuma pada keadaan luar kebiasaan je yang terbabas ke jam 11pm.. sekali sekala boleh la..

Pada aku, imran takde masalah timing macam ni.. agaknya memang mata dia pun dah ter'set' tidur jam 10pm.. as for izzat, susah nak tidur betul anak sorang ni.. selagi dia tak betul² mengantuk, jangan harap dia nak tidur.. to make thing worse, dia akan kacau pulak si abang yang dah lali tu.. silap haribulan.. dengar la budak menangis tengah² malam buta.. haru..

Husna, as usual nak kena ada bau ketiak ibu dia, baru leh lelap.. heheh.. bukan husna je pun sama la tiga-tiga budak ni masa umur macam ni..

Saturday, September 20, 2008

Campak pulak

Aku cuti semalam untuk jaga izzat yang baru je disahkan kena sakit mata.. petang semalam jugak aku nampak sebutir bijik kat kulit dia.. pulak.. macam bijik campak je.. sudahhh..

Petang tu bila ayah dia balik dari opis, dia cakap kat nursery sekarang dah 4 orang budak kena campak.. SAH! memang izzat kena campak la tu..

Malam tadi, husna demam pulak.. aku takut dia jangkit dengan izzat je.. sian dia baby lagi.. tapi setakat sekarang ni tak wujud lagi la sebarang bintik kat badan dia.. imran aku tak rasa dia akan terjangkit (harapnya la) sebab dia pernah kena dah dulu.. bintik kat badan izzat dah banyak dah.. sampai kaki pun..

Harap sempat la baik sebelum raya ni.. kalau tak.. ayah kata "kita raya sini dulu la jawabnya.." TIDAKKKKK!!!

Thursday, September 18, 2008

Gajala sakit mata

Pagi tadi masa sahur izzat dah bangun mintak susu.. aku tengok mata dia merah, bengkak sikit dan bertahi mata.. sah.. anak aku kena sakit mata.. kes jangkit kat nursery la ni.. aduhai.. time dekat nak raya ni la pulak kena.. hampes..

izzat ada kat opis aku la ni.. sat gi aku nak bawak dia pi klinik.. yang tak bestnya ada meeting la pulak.. kena ponteng meeting la jawabnya.. yahoo!!!

Mata izzat merah sebelah kiri..

Petua sakit mata yang aku tahu titiskan susu ibu kat mata yang sakit tu.. nanti kalau husna terkena jugak, boleh la aku titiskan susu kat dia.. harapnya tak kena la..

Wednesday, September 03, 2008

Yang istimewa

Semua anak² ummu ada keistimewaan masing².. imran, mata besar.. komen orang yang tengok dia "amboi.. besarnya mata dia.."

izzat bibir bawah dia ada tanda merah macam budak baru jatuh.. komen orang yang tengok dia "bibir dia tu kenapa? jatuh ke?"

husna pulak warna mata dia lain dari yang lain.. komen orang yang tengok dia "cantiknya mata dia.. macam orang putih!"

:: orang putih?? hemmph.. rasanya tak tertukar anak masa bersalin dulu!

Izzat's new development

Tadi masa aku dalam tandas basuh poop izzat, aku ada tinggi suara sikit kat dia sebab bekas poop dia dah melekat kat punggung (susah aku nak cuci bekas poop yang melekat tu).. tetiba je dia komen "ibu ni kenapa marah izzat.." dengan suara ala² tak puas hati.. betul jugak.. bukan salah dia poop tu melekat kan? dah nak melekat, nak buat cemana..

Tergelak aku dengar komen dia.. terus tak jadik marah.. eh! dah pandai dia atur ayat dengan betul!!

Thursday, August 07, 2008

Potong rambut

Dalam ketiga² anak aku, rambut izzat yang paling cantik pada aku. Rambut dia halus dan lembut.. masa dia baby, rambut dia tumbuh rata dan sekata.. takde 'makan bantal'..

Since rambut dia paling cantik.. aku tak la selalu potongkan rambut dia.. seingat aku, baru dua kali aku potong.. tu pun sebab dah panjang sangat pada aku.. rimas dan serabut pulak nampak.. ayah dia pun tak de la galakkan sangat aku potong.. sayang katanya.

Tadi kat sekolah nursery dia, sorang pengasuh tengah potongkan rambut kawan izzat.. aku pun mintak dia potong trim rambut izzat.. pandai pulak anak aku ni duduk diam tak bergerak masa tu.. kalau aku yang potongkan.. alamatnya berperang la dengan dia.. dekat sejam baru leh siap.. tu pun rambut macam kena gigit tikus je.. heheheh..

Imran mintak jugak nak potong rambut.. aku cakap dia kena potong kat barber dengan ayah.. actually rambut dia tak panjang lagi.. saja je nak menyibuk.. husna? rambut tak layak dipotong lagi..

Wednesday, November 21, 2007

Pukul 3 pagi..

Dah jadi kebiasaan kalau jadi ibu² ni kena bangun tengah² malam bancuhkan susu untuk anak tersayang.. aku pun tergolong dalam golongan tu jugak.. Sejak bergelar ibu masa imran sampai la zaman izzat ni.. (and will continue kepada adik adik² diorang la kot)

Izzat ni kalau terbangun tengah malam, dia akan panggil aku.. pastu minta susu.. pastu dengan selambanya dia akan ikut aku ke dapur sambil sembang² sementara menanti aku bancuhkan susu dia.. heheheh.. bila dah balik ke bilik, dia akan sambung tidur tanpa banyak kerenah.. sedar² dia dah sound asleep.. senang.. harapnya, nanti kalau adiknya pun camtu jugak la..

Tapi lain kalau dia terbangun sebab dia basah.. meaning, sampai bocor diaper la.. dia akan menangis.. mungkin sebab tak selesa.. so, terpaksa la aku berperang nak tukarkan diaper.. tukar seluar/baju yang basah.. tukar tilam.. (jawabnya tidur ngan aku la..).. wehh penat..

Kesimpulannya, kena la aku tukar diaper dia sebelum aku masuk tidur.. supaya dia tak basah..

Thursday, November 15, 2007

So sweet

Yesterday, while aku dok masak makan malam aku dengar dua beradik ni dok bergaduh main kat living room tu.. izzat tiba² je menangis.. ntah berebutkan mainan apa ntah.. si ayah tengah solat Maghrib masa tu.. so, terpaksa la aku jadik pendamai..

Aku tarik izzat, letak atas lap, pegang tangan imran tarik ke sisi aku.. aku tanya imran naper adik menangis? dia tak jawab apa pun.. tahu lah aku, izzat menangis sebab dia yang buat.. so, aku mula me'lecture' imran.. tak boleh itu tak baik ini.. bla.. bla.. bla.. si imran pun diam je dok dengar 'nasihat' aku..

Tetiba aku terperasan, izzat dok tenung muka aku.. as if dia pun khusyuk dok dengar 'nasihat' aku kat abang dia.. bila aku tengok je dia, dia tersipu² segan sebab terkantoi.. eheheh.. pastu dia kiss pipi aku.. agak nya nak pujuk aku kot.. sweetnyer.. sejuk hati aku..

Tuesday, October 02, 2007

Izzat's few words

Izzat dah pandai panggil 'ibu'!! wah.. happynya aku, Tuhan je yang tahu.. tapi sekali dua tu je yang betul pun sebutannya.. pastu balik ke 'bu..a..' hemmphh.. bila si anak dah panggil, ngaku je la.. everytime dia panggil camtu aku tak jemu² betulkan semula.. asalkan ada 'bu' jadi la..

Izzat dah ada few words yang dia tahu..
'oo..ee' = lori
'bash' = bas
'ayah' which the most fluent word ever.. duhh.. :p
'shak' = shark (selalu sangat tengok cerita The Shark Tale)
'pish' = fish (sometime ikan kecik pun dipanggil shark.. bila ditegur, mau mengamuk member)
'su' = susu
'tut' = biskut tiger kegemaran dia

ada la lagi few words tapi aku tak leh plak nak recall time ni..

Bila time izzat membebel, memang panjang.. tapi.. satu apa pun aku tak paham.. heheh yang penting dia tak segan nak cakap and dia ada keinginan nak cakap.. alhamdulillah...

Tuesday, May 22, 2007

Monthly checkup

Aku baru balik dari bawak Izzat ke Klinik untuk monthly checkup dia.. alhamdulilLah.. semua berjalan lancar.. next visit which is next 3 months izzat akan kena cucuk imunisasi lagi.. (last injection untuk dia..)

Info untuk imunisasi kanak² ummu amik daripada infosihat.gov.my. Tanggungjawab kita sebagai parents adalah memastikan anak kita mengikuti semua program imunisasi ni.. insyaAllah.. sihat la anak kita..

Thursday, May 17, 2007

Budak kecik boring

Entah pesal harini Imran tidur awal.. tinggallah si adik kebosanan.. dek kerana itu, dia asyik nak mengejutkan abangnya.. penat aku nak menerpa kat dia sebelum dia menerkam si abang.. tak sudah-sudah aku tegur dia.. "Izzat.. jangan kacau abang.." :)

Izzat dok meleseh kat aku pulak ni.. aku buat tak tahu je.. agaknya dia pun give up and sambil menyanyi (hanya dia yang tahu liriknya), dia ambil buku dan belek-belek.. comel sungguh!!

Bila aku tenung Izzat, sejuk hati aku.. dia yang masa aku lahirkan kena tahan di NICU Hospital Selayang selama 8 hari.. ada jangkitan bakteria GBS dalam darah.. dan kuning yang quite teruk.. aku kena banyakkan bersabar dan bertawakal dengan kesihatan dia.. betapa setiap hari aku menangis tengok dia kena cucuk.. diberi antibiotik.. tidur bawah lampu.. dan setiap malam aku tak dapat lelapkan mata sebab dia menangis kesejukkan dek kerana tak boleh dipakaikan baju pun supaya kuning dia berkurangan.. betapa aku berdoa agar setiap titik susu aku yang dia minum Allah jadikan penawar untuk segala penyakit dia.. dan sampai sekarang hingga hari ini, dia masih menyusu aku..

AlhamdulIllah.. sekarang dia dah membesar dengan sihat depan mata aku.. jadi anak yang cerdik dan senang dijaga.. syukur kepadaMu Tuhan..

Muntah! yukkss..

Dah jadi rutin harian aku untuk ke nursery jengok anak².. Untuk budak² 2 - 4 tahun macam Imran, waktu rehat aku, diorang ditidurkan.. (aku pun tak pasti samada memang dia tidur ke tak..) Baby sebaya Izzat pulak, dibiarkan main sebab kebanyakan ibu akan datang untuk main dengan baby masing²..

Jumaat lepas aku ke rumah kawan yang baru 3 minggu bersalin.. Waktu rehat hari Jumaat panjang and aku rasa tak sampai hati nak tinggalkan Izzat di nursery.. So, aku bawak dia sekali.. dalam perjalanan tu, dia termuntah dalam kereta!! Habis semua bubur nasi yang dia makan tu dikeluarkan.. Agaknya sebab cuaca panas dan trafic sesak kot.. aku asyik terberhenti² je..

So, habis lah kereta aku.. berbau muntah satu kereta.. Mujur jugak collegue aku ikut sekali.. dia la yang terpaksa bukakkan baju Izzat dan lap muntah tu.. aduhai.. TQ.. TQ.. Dipendekkan cerita, terpaksa lah izzat mandi di rumah kawan aku tu dan pinjam baju anak dia.. Kat sana dia ok jer.. takde plak menunjukkan tanda tak sihat.. AlhamdulIlah.

Bau muntah tu ada la dekat seminggu tak hilang lagi.. car seat izzat pun terpaksa aku basuh..

Dilema ibu: tak bawak kesian.. bawak.. lain pulak ceritanya..