Aku akan pindah tak lama lagi sebab akan
transfer.. hal paling aku runsing sampai tak lelap tidur, mana nak letak budak² ni.. sepanjang aku berulang-alik KL-Putrajaya, aku amik peluang untuk survey taska/tadika dan yang sewaktu dengannya.. around Putrajaya & Desa Pinggiran Putra..
Aku nak yang terbaik untuk anak² aku.. ada taska yang aku survey tu just day care tanpa aktiviti macam play school.. ada yang hanya tadika je half day... kena pulak carik tempat untuk transit petang.. transport lagi.. aduh.. pusing kepala aku..
Bukan hanya tu.. kena tengok combination pulak.. imran dah masuk tadika which kebanyakannya hanya half day.. izzat dengan husna consider taska/day care.. transport imran lagi pergi balik tadika.. kos semua tu.. especially untuk first month.. aduh.. mau makan ribuan.. (of course duit bukan masalah utama tapi perlu diambil kira kan?)
So, dengan tawakal kepada Allah, hari ni aku buat another round kat Precint 15.. and alhamdulillah.. satu tadika yang ada package one whole day.. with islamic activities.. kat Children Islamic Centre.. another option untuk Imran.. so far the best..
As for Izzat dengan Husna, aku ke Precint 14.. salah satu cawangan taska yang aku hantar diorang sekarang ada kat situ.. and alhamdulillah.. they already inform this new taska pasal cadangan aku nak transfer ke sana.. so if hantar those 2 ke sana, aku tak payah lagi nak bayar buku and uniform for izzat.. syukur..
Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.. alhamdulillah.. segala pujian kepadaMu..